Berbagai aksi semasa mesyuarat Kampung Guar Kepayang pada 20hb, Mac 2010 lalu bermula 9.00 malam di Dewan Sekolah Tarbiyatul Bani Nawal Banat

Setiausaha Surau Kampung Guar Kepayang, Zulkifli Che Din sedang membentangkan minit mesyuarat agung pada malam tersebut.
Hai.. ! mesyuarat panas ke sampai pengerusi majlis, Cikgu Idris Kadir terpaksa berdiri sambil angkat tangan mententeramkan keadaan yang mula kelam kabut.
Ini pula Bendahari Surau Kampung Guar Kepayang, Mursyid Saleh  Dia tengah menjawab beberapa persoalan berkaitan kewangan yang dibangkitkan oleh penduduk terutamanya Pak Teh Hasan.
Salah seorang penduduk yang dulunya tinggal di Simpang Empat Permatang Buluh tapi kini kembali tinggal di Guar Kepayang turut serta hadir mesyuarat untuk melantik AJK baru sessi 2010-2011

Nama sebenarnya, Yahya Hamid tapi di kampung orang panggil dia Pak Ya saja.  Dia memang rajin buat kerja kampung terutamanya tanam sayur atau jagung.  Selain bekerja di Pertubuhan Peladang Negeri di Lahar Bubu, Kepala Batas dia sekarang tengah bekerja keras sebagai tukang rumah pula menyudahkan rumah Pak Lang Harun. Berada di hadapanya ialah Rosli menantu Mak Cik Miah dan Pak Cik Man.

Yang asyik bertungkat tangan ialah menantu Pak Itam, Md Isa dulu kerja tentera setelah pencen berniaga di pasar malam.  Dia dipilih sebagai AJK baru Surau Kg Guar Kepayang.

Siapa tak kenal wajah ni, Abdul Mutalib Hamid, penjual ikan di kampung sekarang pemandu traktor.  Beliau kekal sebagai Timbalan Pengerusi Surau Kg Guar Kepayang sessi ini.

Zainol Abidin Hasan nama macam bekas penain bola sepak kebangsaan.  Dia pula asyik angkat tangan bagi cadangan nama orang naik sebagai AJK. Jangan-jangan untuk lepaskan diri dari terjerat jawatan kot.

Cikgu Abdullah Haji Hasan sedang membahagikan salinan doa kepada hadirin.

La.. ni . apa pula.!! sudah lah duduk belakang naik atas meja pula tu. Tapi yang penting 'Dan' atau Shahidan Ishak seorang peniaga kedai runcik hadir untuk mendengar pandangan berbagai pihak demi kebaikan kampung.

Wajar terkini Cik Ad yang terkenal dengan pembuatan perniagaan Rempeyek di utara Kampung Guar Kepayang.

Yang ni pula asyik balut rokok daun sambil dengar penerangan dari Pengerusi Surau. Tak apa yang penting sama-sama mengeratkan perpaduan sesama masyarakat kampung.

Amboi.sampai berselang tangan. Haji Bakar Mohamad sedang menyampaikan sesuatu sebagai cadangan untuk dipraktikan.
Adakah Pak Dak Shariff merealisasikan perkataan yang tertera di atas kepalanya iaitu 'Punca, Henti dan Tidur'.  Semua yakin walaupun matanya terpejam namun telingganya tetap mendengar apa yang dicadangan atau arahan terbaru untuk manafaat kampung. Maklumlah ketua tukang masak..

Tentu ada yang mencuit hati Abang Di atau namanya Mohd Radhi sehingga tersenyum lebar.

Cik Gu Lah seolah mengajar di kelas lagaknya...

Kamarulzaman yang dilantik menjadi pencatit minit tidak putus-putus menulis setiap percakapan atau cadangan masyarakat kampung untuk memastikan kelemahan yang terdapat di Guar Kepayang diperbaiki segera.  

Inilah AJK Surau Kg Guar Kepayang sessi 2010-2011 .

Barisan Hadapan duduk dari kiri.
Abd Mutalib Hamid, Zulkifli Che Din, Saad Hj Ahmad, Hj Abdullah Hj Hasan, Md Radhi Hasan

Barisan belakang berdiri dari kiri
Md Sabri Said, Idris Kadir, Md Isa, Md Zaki Yusuf, Abd Rahim Abd Rahman, Alias Ahmad, Mursyid Saleh dan Bakar Bidon.

Pesan Pengerusi Surau Kampung Guar Kepayang, Cikgu Saad Haji Ahmad

Pengerusi Surau Kampung Guar Kepayang, Cikgu Saad Haji Ahmad acapkali berucap pasti akan mengingatkan masyarakat kampung agar beramai-ramai berjamaah di surau berbanding sembahyang sendirian di rumah.

Lazimnya, bila ada kenduri masyarakat lebih mementingkan kenduri berbanding datang ke surau kerana ikatan yang kukuh adalah silatur rahim berlandaskan ukhwah.

Bukan bermakna kendiri hendak diketepikan tetapi itulah kesalahan yang patut diperbetulkan kerana ramai individu lebih bimbang tidak hadir ke kenduri sedangkan berjamaah di rumah Allah dipermain-mainkan.

Jesteru itu beliau berharap masyarakat kampung mengerti ucapanya bagi mengimbangkan soal kemasyarakatan dan seruan Ilahi.

Mohamad Rafat kembali ke rahmatullah.

Tidak sampai dua minggu maiguarkepayang menyiarkan berita kemalangan membabitkan keluarga Mohamad Rafat ketika perjalanan pulang menghadiri kenduri sepupunya di Perlis hari ini 5hb, Mac 2010 Kampung Guar Kepayang menerima berita sedih ekoran pemergianya buat selama-lamanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terahkir di Hospital Seberang Jaya kerana penyakit penat pada pukul 4.30 petang dan dikebumikan pada malam itu juga iaitu pukul 10.00 malam di tanah perkuburan Masjid Tuan Samad.

Jenazahnya di imamkan oleh Ustaz Khalid Man iaitu Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor merangkap dua pupu pada Allahyarham..

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rohani Daud dan enam orang anak iaitu Anas, Afiq, Alias, Amzar, Amir dan Amin.

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger