Ura-ura lawatan dan ziarah ke Kampung Guar Kepayang di Pendang, Kedah
Baru-baru ni ada cadangan daripada pelayar blog maiguarkepayang yang mahukan lawatan muhibbah diadakan oleh Kampung Guar Kepayang, Kepala Batas, Seberang Perai ke Guar Kepayang, Pendang, Kedah kerana tentunya ramai sanak saudara yang telah terpisah jauh ekoran sejarah awal kampung ini pun berpunca daripada penghijrahan orang sana merantau dan akhirnya membuka penempatan baru di sebelah Seberang Perai.
Insya Allah krew maiguarkepayang cuba merealisasikan cadangan tersebut sebab pada peringkat mulanya memang berhajar mengadakan lawatan ke sana di samping menengahkan tokoh-tokoh pembangunan kampung ini sejak dulu.
Selain itu, krew maiguarkepayang juga akan cuba menonjolkan juga usahawan muda dari kampung ini bagi dihebarkan produk mereka ke arena global mudah-mudahan usaha mereka mendapat kejayaan.
1:18 AM | Labels: berita | 0 Comments
Kereta siapa ni.. tersadai bersebelahan surau.
11:51 PM | Labels: berita | 0 Comments
ibu Setiausaha Surau Guar Kepayang meninggal
Ibu kepada Setiausaha Surau Kampung Guar Kepayang, Zulkifli Che Din meninggal dunia pada 19hb, April 2010 jam 7.45 malam setelah menderita sakit kira-kira tiga tahun lalu.
Allahyaramah, Salmiah Salleh berusia 76 tahun merupakan isteri kepada Haji Che Din yang dulunya peniaga ayam proses di Pasar Bagan Ajam, Butterworth.
Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Tuan Samad jam 11.30 pagi.
Krew maiguarkepayang mengucapkan agar keluarganya bersabar menempuh segala dugaan.
Al-Fatihah.
1:26 AM | Labels: berita | 0 Comments
Pasukan Bola Sepak PASTI Guar Kepayang 2010 johan peringkat Kawasan Tasek Gelugor
6:19 AM | Labels: berita | 0 Comments
Pesawah mula sibuk bajak sawah musim baru tahun 2010
Terima kasih Jabatan Parit dan Saliran (JPS) kerana mengorek taliair yang terletak di belakang Kampung Guar Kepayang. Mudah-mudahan senang petani membuang air dari petak sawah bilamana air terlampau banyak sehingga boleh menengelamkan anak padi setelah proses menabur terus benih dilakukan.
SUASANA TERKINI KAMPUNG
_________________________________
Sekarang ini para petani di Kampung Guar Kepayang agak sibuk mengerjakan sawah kembali setelah tiga bulan tidak dapat turun sawah untuk sessi baru 2010 akibat kemarau yang agak panjang.
Jadual Jabatan Parit dan Saliran (JPS) pada mulanya dikatakan akan memberi air bagi merancakan usaha pembajakan pada pertengahan bulan Mac lalu terpaksa ditarik balik sebab kekurangan air untuk kegunaan minuman.
Namun Alhamdullilah... sejak dua minggu lalu hujan mula turun lebat terutamanya pada sebelah petang dan malam. Inilah yang dimahukan petani untuk meneruskan usaha berbakti pada negara selain meningkatkan produktiviti tanaman nanti.
5:24 PM | Labels: berita | 0 Comments
Haji Hasan Tok Siak Surau kena Strock.
9:53 AM | Labels: berita | 0 Comments