Tuah orang Guar Kepayang.

Anuar Rejab bersalaman dengan Ustaz Khalid Man disaksikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika rombongan singgah di gerai Kg Guar Kepayang yang menghidangkan mee kuah hasil buatan Mak Dah Rodiah

Bertuah sungguh adik Mohd Aqil Amsyar anak Kadri dapat bersalaman dengan Ketua Menteri berjiwa rakyat.

Orang yang paling susah bergambar di Kampung Guar Kepayang, Abang Kar atau mesra dipanggil Pak Ngah Kar Dakwah akhir tunduk juga bila gambarnya bersalaman dengan Ketua Menteri dapat dirakam dengan nyatanya.

Saudara Mohamad sempat juga menyapa Ketua Menteri yang menghampirinya sambil membawa segelas teh tarik untuk diminum.sempena Hari Terbuka Aidil Fitri yang diadakan di Dewan Serba Guna Teluk Air Tawar.

Pertandingan futsal tertutup Kampung Guar Kepayang

Buat pertama kalinya Pemuda penduduk Kampung Guar Kepayang akan menganjurkan 'Pertandingan Futsal Tertutup 2010' pada 24hb, Oktober 2010 di Padang Futsal di Permatang Sungai Dua bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang

Program yang dijangka menampilkan 16 pasukan terhebat itu pastinya memerlukan sumbangan dari berbagai pihak bagi dianugerahkan kepada para pemenang nanti.

Mana-mana individu yang mahu memeriahkan program berkenaan digalakan memberikan sedikit sumbangan untuk pembeliau jersi, makanan, cenderahati dan hadiah utama.

Kepada sesiapa yang berhajat bolehlah menghubungi Bendahari pertandingan tersebut, Anas Mohamad di talian 013-5293078 ataupun Setiausaha program, Fauzan Abdullah di talian 012-4879088 untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Sembahyang Sunat Aidil Fitri di Dataran Wakaf Kampung Guar Kepayang


Seingat saya sembahyang sunat Aidil Fitri di Dataran Wakaf di Kampung Guar Kepayang telah masuk tahun ke 10 kecuali suasana hujan. Pakatan Pemuda KGK telah menerokainya walaupun pada peringkat awal terdapat bunyi yang kurang menyenangkan di kalangan penduduk kampung kononya surau dah cantik ada kipas kenapa hendak sembahyang di luar. Mungkin mereka tidak mengetahui kelebihan berbuat demikian.

Tetapi senario tersebut telah berlalu dan kini setiap sambutan Aidil Fitri dan Aidil Adha penduduk akan bersolat di situ berbanding di tempat lain lebih selesa di dalam bangunan yang berkipas.

Kali ini jamaah lebih ramai berbanding tahun-tahun sebelumnya maklumlah ramai anak-anak perantauan Guar Kepayang pulang berhari raya bersama sanak saudara di sini. Apa lagi meriahlah suasana sekitar kampung.

Dengar kata kanak-kanak pun ramai.  Mereka diberikan wang tunai RM5 seorang.  Amboi berdongsang sayanglah mereka megecapi impian yang tiada pada orang dewasa.

Kedatangan seorang pelajar dari Kompuchia juga menyerikan lagi sambutan kali ini apabila penduduk mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai sebagai kenangan di tahun 2010 ini.









Tempahan kuih raya banyak diterima sehingga menjelang Aidil Fitri.

Projek kuih raya terus mendapat tempahan yang mengalakan sehingga menjelang Aidil Fitri.  Semua petugas yang diketuai oleh Puan Marziah Mohd Noor tidak menang tangan mengadun bahan-bahan untuk digoreng atau diuli menjadi kuih raya yang sedap rasanya.

Banyak tempahan diperolehi dari rakan taulan, sanak saudara di kampung mahupun luar kampung ataupun individu yang menyukai pembuatan mereka selama ini.  Kuih paling laris sekali ialah                      
   di samping beberapa kuih lain seperti                                              . Syabas diucapkan.

Guar Kepayang ada tiga imam muda berbakat besar.

Adanya tiga orang imam muda di Kampung Guar Kepayang menambah serilah kemeriahan atau suasana 
di sini terutamanya ketika solat Sunat Tarawih pada bulan Ramadhan tahun ini.

Gambar atas ialah Mahzani Abdul Rahim cucu Allahyarham Abdul Rahman yang sedang belajar di salah sebuah Univesiti di Mesir kini pulang bercuti di kampung.  Apa lagi, dia diberikan amanah sebagai imam 1 solat Tarawih di surau.  Boleh dikatakan setiap malam dialah akan mengimami kami sekampung.

Yang kedua pula ialah menantu sulung Pengerusi surau yang berasal dari Lahar Yooi.  
Namanya, Ustaz Khairi  mengajar di sekolah Rendah Lahar Yooi.  Jika Mahzani keluar kampung menerima jemputan imam di mana-mana surau atau masjid Ustaz Khari akan dipertanggungjawabkan.  Maklumlah imam lama sumuanya sudah uzur belaka.
Pak Tam Saad Arshad yang dulunya menetap di Simpang Empat Permatang Buluh kini tidak sesihat dulu keluar masuk hospital jika penyakitnya menyerang, Pak Lang Daud dah lama meninggal, Tok Bilal Haji Hasan Othman diserang angin ahmar, Ustaz Saleh pula mungkin tidak sihat dan banyak beri peluang kepada imam muda.

Seorang lagi imam muda yang berasal dari Guar Kepayang ialah cucu Tok Imam dulu iaitu Suhairi Ishak.  Beliau merupakan pelajar di salah sebuah univesiti di Mesir di mana tahun ini beliau tidak pulang. Jika ada pasti dia dan Mahzani akan bertukar-tukar malam untuk mengimami solat Tarawih.

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger