Kempen 'Jom Solat Jemaah'

'Jom Solat Jemaah' itulah kempen yang diperkenalkan oleh Pengerusi Surau Kampung Guar Kepayang, Cikgu Saad Haji Ahmad untuk tahun 2011.  Kempen tersebut akan diadakan pada 3 - 6 Disember 2011 nanti.

Pada sebelah malam majlis perasmian 3hb Disember itu akan diadakan majlis 'Bacaan Yasin Perdana'. Malam kedua 'Kuliah Perbuatan Dalam Solat' manakala pada 5hb, Disember pula akan berlangsungnya kuliah 'Kelebihan Solat Jemaah' oleh Ustaz Hafizi.

Pada pagi 6hb, Disember pula program kepemudaan akan menyusul.  Gotong royong mengindahkan perkarangan surau terutamanya membuat beberapa garisan tempat letak kenderaan, garisan putih dipersimpangan yang diketogarikan bahaya sepert depan rumah Tok Dak Ibrahim.

Semua itu bermatlamat memberikan peringaran kepada masyarakat betapa pentingnya hadir ke surau untuk berjemaah.  Kalau tidak semua waktu pun paling kurang kelihatan muka juga bukan macam ada sesetengah individu walaupun tinggal dalam kampung ini puluhan tahun namun untuk melihat kaki menjijaki tangga surau pun setahun sekali.

Kepada anak muda marilah kita menyenggah ke surau yang kita cintai semoga dirahmati oleh Allah s.w.t sepenuhnya.  Biarlah hidup kita mendapat keberkatan memandangkan kita hanya menumpang di muka bumi miliknya.

Insya Allah semua kenderaan terutamanya kereta akan dibekalkan satu pelekat kempen tersebut.  Semua akan dibahagian pada malam perasmian itu kelak.





Mohd Zain Othman kembali ke rahmatullah

Mohd Zain Othman 47 anak kepada Pak Jang Man yang sering kayuh basikal tuanya (sekarang dah tukar basikal muda sedikit) telah kembali ke rahmatullah di Hospital Besar Pulau Pinang pada hari Jumaat lepas iaitu 28hb, Oktober 2011.

Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Tuan Haji Samad Permatang Sungai Dua pada sebelah malamnya selepas solat Insya.

Allahyarham terlantar sakit begitu lama setelah tidak sedar diri akibat penyakit darah tinggi yang melampau.
Semoga rohnya dilimpahi rahmat selamanya.  Amin....

Majlis Aidil Fitri Kg Guar Kepayang 2011

Amboi nampak seleranya semua hidangan.  Ada mee kari, bihun goreng, ketupat, lemang, ais kacang dan laksa.  Itulah antara gelagat masyarakat Kampung Guar Kepayang dengan kehadiran sebahagain individu dari kampung berdekatan.

Sempena Aidil Fitri lalu cukup menyeronokan kerana dapat makan bersama dalam satu majlis yang penuh dengan kegemilangan, kemesraan, kasih sayang serta lainya.

Kampung Guar Kepayang antara kampung di Seberang Perai yang aktif mengadakan jamuan Aidil Fitri setiap tahun semata-mata untuk memastikan keseluruhan masyarakatnya hidup dalam penuh perpaduan.

Gotong royong tetap ceria di Kg Guar Kepayang

Semangat gotong royong tetap utuh di Kampung Guar Kepayang walaupun di kampung lain ia mula pudar ekoran kesibukan mencari rezeki.
Gotong royong tajaan surau itu selain bermatlamat menjalinkan ukhwah sesama masyarakat ia dapat juga menyemai perasaan sukakan kebersihan kerana keindahan memang di galakan dalam Islam.

Bila surau bersih kita beribadat pun selesa.  Bukan macam setengah surau tahi cicak sana sini jatuh atas karpet.  Bila sujud dalam sembahyang baru nampak.  Bila kejadian macam itu bererti sesebuah surau itu tidak diimarahkan.  Sembayang fardhu pun tinggal 'tukang bang' dengan 'imams sahaja' Tok Siak pun hilang entah ke mana?

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger