Sekitar operasi tembak Lutong di Kampung Guar Kepayang
Entah dari mana sekumpulan Lutong iaitu spesis kera atau kalau besar badanya orang panggil Orang Utan masuk ke Kampung Guar Kepayang pada petang Jumaat (12hb, Oktober 2012) lalu.
Datang secara berkawan mungkin tersesat atau lari dari hiruk pikuk jentera yang merosakan penempatan binatang itu untuk tujuan pembangunan. Apa lagi ke kawasan kampunglah Lutong itu bertapa. Tak sempat bertapa atau menjamu makanan yang lazat tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan peluru hidup yang akhirnya mengorbankan tujuh ekor spesis itu pagi tadi.
Sebelum diburu oleh Jabatan Perhilitan atau dulunya dikenali dengan nama Mergatua ramai penduduk mengambil inisiatif menghalaunya dengan menggunakan 'Mercun Bola' yang banyak menghilangkan jari jemari kanak-kanak ketika menyambut Syawal.
Boleh dikatakan setiap hari riuh rendah suara budak-budak belasan tahun terutamanya mengejar sambil membali batu, bata, kayu atau seumpamanya dengan tujuan menghalau. Walaupun kadang-kadang nampak seakan bukan menghalau tapi nak membunuh.
Walaupun setiap kali dikejar Lutong berterbangan di udara melompat ke atas bumbung rumah, pokok pelam, pokok kelapa, ketapang mahupun pokok buluh binatang berkenaan tetap sempurna tiada cacat cela dan barangkali menjadi latihan untuk Lutong bergayut tambahan lagi yang masih muda.
Dua tiga hari kebelakangan ini Kampung Guar Kepayang bagaikan pesta dibuatnya. Apa tidaknya dari orang tua sehingga budah-budak bertindak menghalau jika binatang itu melintasi kawasan rumah
masing-masing bimbang memasuki rumah atau menyerang maklumlah Lutong itu kelaparan.
Sekalung tahniah dan terima kasih pada Pak Cik Mohd Noor dan Abang Rizal yang kebetulan berada
di Kepala Batas ambil ular tedung dari Jabatan Pertahanan Awam (JPA). Bila dihubungi lantas datang untuk menjalankan tugas.
Dalam masa dua jam memburu disekitar belakang rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK), Saudara Anuar Rejab, Saudara Halim Abdul Hamid dan Pak Jang Rahim Bakar semuanya selesai walaupun ada lagi saki baki yang lari bak lipas kudung.
Insaya Allah jika Lutong itu datang kami akan hubungi Jabatan Perhilitan lagi....
4:50 AM | Labels: berita | 1 Comments
Kampung Guar Kepayang berasap.
Hai... apa nak dikata.. dok tak duduk Kampung Guar Kepayang kena diasapkan bukan untuk mandi wap tetapi untuk hindarkan dari penyakit yang berpunca dari nyamuk Aedes yang membawa demam Denggi.
Berpuluh tahun tidak pernah berlaku perkara sedemikian sehinggalah baru-baru ini terdapatnya mangsa serangan Aedes yang membawanya di rawat beberapa hari ke Hospital Seberang Jaya.
Lepas tu apa lagi Kementerian Kesihatan datanglah bergalaskan penyembur beracun untuk Aedes maka lari lintang pukanglah nyamuk segala nyamuk dan ada yang mati terkangkang di atas bumi kerana tidak sempat terbang menyelamatkan diri.
Sepanjang terjumpanya pembawa penyakit, tiga kali Kementerian Kesihatan bertndak menyembur asap beracun tersebut.
Biarlah disembur berulang kali tidak mengapa sebab yang penting makluk yang aktif di awal pagi dan petang itu mati.
7:30 PM | Labels: berita | 0 Comments
Hasnan teruskan kehidupan bersama tiga orang anaknya
Takziah kepada keluarga Hasnan Pandak Ali iaitu suami kepada Allahyarhamah Suhaila Abdullah agar teruskan kehidupan menjagai tiga orang anak perempuan yang masih kecil.
Suhaila 34 meninggal hari Rabu (4hb, September 2012) kerana disyaki deman kepialu di Hospital Seberang Jaya jam 9.00 pagi. Sehari sebelum itu anak dalam kandunganya meninggal dalam perut dan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Tuan Samad lepas solat zohor.
Suhaila anak ke 5 dari 7 beradik meninggalkan tiga orang anak iaitu Nurhazwani Sharifa 6, Umairah Shaneem 5 dan Anis Shaeerah 4.
Sejurus dengan peristiwa malang itu membuatkan pihak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri dan Kawasan Tasek Gelugor menyumbangkan RM1,000 berikutan dua orang anaknya merupakan pelajar PASTI Nurul Iman, Kampung Guar Kepayang.
7:36 PM | Labels: berita | 0 Comments
Sembahyang Sunat Aidil Fitri di Dataran Wakaf di pagi Syawal
Selamat Hariraya Aidil Fitri kepada seluruh warga Kampung Guar Kepayang tahun 2012.
Seperti biasa warga Guar Kepayang bersembahyang Sunat Aidil Fitri di Dataran Wakaf berhadapan dengan surau.
Ramai sungguh datang dengan muka ceria, gembira kerana dapat bermaaf-maafan dengan jiran tetangga, rakan lama mahu pun dengan orang yang lebih veteran di kampung. Bagi mereka yang tinggal berjauhan dari kampung halaman bila beraya di sini pastinya mengamik segala kenangan silam berkawan atau berlari di waktu malam disaat-saat Tok Imam dan para jemaah bersolat terawih.
Lepas dengar suara Imam mengakhari bacaan doa barulah berlumba-lumba mendaki tangga surau duduk bersila dengan penat menjela atau linangan peluh menghirup bubur kacang dan sebagainya.
Sebenarnya sembahyang di Dataran Wakaf bukan perkara baru sebaliknya sudah 10 tahun ianya diadakan di situ hasil ketegasan Pakatan Pemuda yang dulunya aktif dengan berbagai program kemasyarakatan.
10:13 PM | Labels: berita | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)