Sekitar operasi tembak Lutong di Kampung Guar Kepayang

Entah dari mana sekumpulan Lutong iaitu spesis kera atau kalau besar badanya orang panggil Orang Utan masuk ke Kampung Guar Kepayang pada petang Jumaat (12hb, Oktober 2012) lalu.

Datang secara berkawan mungkin tersesat atau lari dari hiruk pikuk jentera yang merosakan penempatan binatang itu untuk tujuan pembangunan.  Apa lagi ke kawasan kampunglah Lutong itu bertapa.  Tak sempat bertapa atau menjamu makanan yang lazat tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan peluru hidup yang akhirnya mengorbankan tujuh ekor spesis itu pagi tadi.

Sebelum diburu oleh Jabatan Perhilitan atau dulunya dikenali dengan nama Mergatua ramai penduduk mengambil inisiatif menghalaunya dengan menggunakan 'Mercun Bola' yang banyak menghilangkan jari jemari kanak-kanak ketika menyambut Syawal.

Boleh dikatakan setiap hari riuh rendah suara budak-budak belasan tahun terutamanya mengejar sambil membali batu, bata, kayu atau seumpamanya dengan tujuan menghalau.  Walaupun kadang-kadang nampak seakan bukan menghalau tapi nak membunuh.

Walaupun setiap kali dikejar Lutong berterbangan di udara melompat ke atas bumbung rumah, pokok pelam, pokok kelapa, ketapang mahupun pokok buluh binatang berkenaan tetap sempurna tiada cacat cela dan barangkali menjadi latihan untuk Lutong bergayut tambahan lagi yang masih muda.

Dua tiga hari kebelakangan ini Kampung Guar Kepayang bagaikan pesta dibuatnya.  Apa tidaknya dari orang tua sehingga budah-budak bertindak menghalau jika binatang itu melintasi kawasan rumah 
masing-masing bimbang memasuki rumah atau menyerang maklumlah Lutong itu kelaparan.

Sekalung tahniah dan terima kasih pada Pak Cik Mohd Noor dan Abang Rizal yang kebetulan berada 
di Kepala Batas ambil ular tedung dari Jabatan Pertahanan Awam (JPA). Bila dihubungi lantas datang untuk menjalankan tugas.

Dalam masa dua jam memburu disekitar belakang rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK), Saudara Anuar Rejab, Saudara Halim Abdul Hamid dan Pak Jang Rahim Bakar semuanya selesai walaupun ada lagi saki baki yang lari bak lipas kudung.

Insaya Allah jika Lutong itu datang kami akan hubungi Jabatan Perhilitan lagi....










Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger