Perkenalkan produk ekonomi Guar Kepayang
Krew maiguarkepayang akan memaparkan berbagai produk ekonomi penduduk Kampung Guar Kepayang sekarang maklumlah rata-rata telah 'celik bissnes' lebih-lebih lagi suri rumah mereka juga tidak melepaskan peluang berniaga di hadapan rumah.
Ketara lagi di Guar Kepayang sebelah utara di mana ada yang menjual burger, laksa dan makanan ringan kepada kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang meronda ke kampung ini.
Makananya sedap sedap belaka dan jika tidak percaya datanglah ke sini tentu anda akan menikmati kepuasan yang dicari.
Di persimpangan jalan masuk saja sudah membuktikan orang kampung ini ada yang berbakat besar dalam perniagaan seperti membuka gerai makanan, burger dan bengkel motosikal.
Yaabob atau lebih dikenali dengan 'Kob' menantu Mak Long Piah telah lama membuka perniagaan minuman, mee dan dengar kata ada menu terbaru iaitu nasi daging yang dibuat sendiri oleh isterinya.
Di hadapan kedai 'Kob' terbina tong burger kepunyaan Anas cucu Long Limah. Dia merupakan generasi muda yang tidak duduk diam kerana tengahari berniaga ais kacang di kedai Kob, malam burger dan jika musim menuai dia sibuk pula menjadi broker mesin padi.
Maka, tidak hairan ia mendapat bantuan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) beberapa bulan lalu seperti kerusi, meja dan payung.
Sementara itu, di sebelah tong burger Anas terbina bengkel motosikal kepunyaan Jan anak Abang Bakar Bidon yang tinggal di hujung kampung di selatan Guar Kepayang.
Perniagaan mereka nampak laris. Apa tidaknya ramai 'mat motor' berhimpun di situ untuk memperbaiki mana yang tidak laju atau sekadar menukar minyak hitam.
Di dalam kampung pula ada yang jalankan perniagaan kedai minuman seperti Sirozi di hadapan Sekolah Agama Rakyat (SAR), Tarbiyatul Bani Nawal Banat, tanaman dalam polly bag antaranya menantu Zainol Abidin Hasan atau lebih senang di panggil Pak Non yang juga menantu Pang Jang Man yang sering dilihat mengayuh basikal tua.
Begitu juga cucu menantu Pak Cik Mat iaitu tukang masak senior di kampung ini yang tinggal di utara Guar Kepayang. Siapa pun tidak tahan dengan remasan daging perut bercampur dengan taugeh atau masakan masamah yang enak berbanding di tempat lain bila kenduri kendara.
Ada juga yang membuka bengkel besi seperti Mahmud anak peniaga ikan Mutalib Abdul Hamid, Dia dah lama berniaga begitu dan kini makin maju.
Anak muda Azman Shaari pengasas mee sanggol juga adalah pengusaha terbaru yang wujud
di kampung ini. Perniagaanya makin maju dan mula mendapat tempat di hati pengguna sejak memasuki rancangan TV bersama anak lelaki Chef Wan.dalam rancangan berorentasikan masakan.
Untuk lebih mendalam, Insya Allah Krew maiguarkepayang akan memaparkan sejarah awal bagaimana boleh merea terjun di bidang berkenaan. Bermula dari siapa sama-sama kta tungguuuuu untuk terjah.
9:57 AM
|
Labels:
berita
|
This entry was posted on 9:57 AM
and is filed under
berita
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment