Surau Kg Guar Kepayang.melahirkan Hafiz dan Hafizah muda yang berbakat.
Semalam 31hb, Disember 2009 di mana ramai generasi muda berpekik melolong atau berdansa mendengar hiburan yang mengkhayalkan di tepi pantai, padang awam atau di mana sahaja sementara menanti percikan bungapi tanda sambutan Tahun Baru 2010 kanak-kanak bakal menjadi remaja suatu hari nanti diraikan dalam majlis penuh dengan keberkatan demi melahirkan bakal-bakal Hafiz dan Hafizah suatu hari kelak.
Hasil usaha yang dilaksanakan oleh surau untuk menyekat gejala yang tidak bermoral bermula di alam kanak-kanak wajar diberikan perhatian oleh semua ibubapa ekoran alam globalisasi kini memerlukan sentuhan jiwa jika tidak generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan akan hancur bahkan negara yang dipimpin turut haru hara, tidak ketahuan serta menempah bala Allah s.w.t.
Jadi untuk menghindarkan bala Allah s.w.t maka surau Kg Guar Kepayang cuba menganjurkan kelas Tahfiz yang dikendalikan oleh tiga tenaga pengajar yang konsisten walaupun bukan menadapat bayaran yang lumayan.
Ketiga-tiga tenaga pengajar seperti Ustaz Mahmud Shakir Abdullah iaitu anak ke tiga Allahyarham Ustaz Abdullah Yaacob dari Pokok Tampang, Ustaz Kamal Mohamad yang juga berasal dari Pokok Tampang tapi kini menyewa di Pokok Sena manakala seorang lagi Ustaz Mohd Khairi Abu Hasan iaitu menantu kepada Pengerusi Surau sendiri, Cikgu Saad Haji Ahmad.
Dibawah ini disertakan detik-detik bersejarah tersebut.
Barisan Hafizah sedang menanti penyampaian sijil.. Hai seronoknya nak dapat sijil tanda habis belajar..!!
4:48 PM | Labels: berita | 0 Comments
Surau Guar Kepayang anjur kelas Tahfiz
Boleh di katakan pelajar sekolah samada yang tinggal di asrama atau sekolah rendah atau menengah sekitar Kampung Guar Kepayang didedahkan dengan pembelajaran Tahfiz.
Kelas tersebut sebenarnya telah bermula pada cuti akhir tahun lalu di mana seramai 26 orang pelajar lelaki telah selesai menghafal ayat-ayat lazim.
Kalau nak jadikan mereka imam bagi surau ia merupakan perkara 'enteng' tambahan lagi mereka bukan sahaja diajari tentang teknik hafalan malahan budi pekerti yang mulia yang seharusnya ada pada setiap orang muslim.
Langkah yang dilaksanakan oleh pihak surau sememangnya harus dipuji oleh banyak pihak kerana mempunyai sasaran yang positif dan bermatlamat tinggi selain daripada menyemai pelapis imam-imam kecil bagi menggantikan imam-imam sekarang yang sering uzur.
Pada penghujung pembelajaran tahun lalu seperti biasa 'sijil' diberikan kepada pelajar terbabit sebagai penghargaan yang tiada ternilai.
Jika hendak 'test' pelajar itu bila-bila masa pun boleh sebab hafalan mengajar mereka untuk terus menghayati surah-surah Al-Quran tambahan lagi ada setengah antaranya terus menjadikan Tahfiz sebagai bidang persekolahan di Lanai, Baling atau kata lain belajar Tahfiz.100 %.
Tentu ibubapa merasa sejuk hati anak-anak mereka dapat menghafal walaupun surah lazim kerana jarang anak-anak sekolah boleh buat demikian kecuali lahir kesedaran di kalangan ibubapa mereka sendiri.
Macam tahun lalu tahun 2009 ini pun kelas seumpama itu diwujudkan oleh surau demi melihat kecemerlangan bukan sahaja di bidang akademik bahkan di bidang agama sebab bidang agama sebenarnya penyelamat umat bila berada di alam akhirat kelak.
Seramai 30 orang pelajar telah menyertai kelas berkenaan bagi tahun 2009 tetapi kali ini terbuka kepada pelajar perempuan sama berbanding tahun sebelumnya.
Kini, semuanya akan berakhir pada hari Khamis 31hb, Disember 2009 apabila semua pelajar itu akan diberikan sijil penghargaan bertempat di surau Guar Kepayang selepas Insya.
Apa pun semua pihak kena berterima kasih pada tenaga pengajar yang telah mencurahkan bagaimana menjadikan Al-Quran terpahat dalam jiwa, kekal dan boleh menterjemahan maruah diri yang tinggi.
Sekali lagi ucapan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan program bernilai itu semoga di tahun depan majlis yang bermanafaat itu di perlebarkan kepada pelajar luar kampung agar nampak lebih terbuka dan efesyen tidaklah nampak seolah 'tertutup' sahaja.
6:24 AM | Labels: berita | 0 Comments
Salasiah Mat Rejab atau ibu kepada Man Kak Long meninggal dunia.
Ajal maut di tangan tuhan siapa pun tidak boleh menafkanya. Begitulah yang dihadapi oleh Allahyarhamah Salasiah Mat Rejab atau lebih dikenali sebagai Kak Long di kalangan penduduk Kampung Guar Kepayang.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 8hb, Disember 2009 jam 8.30 pagi akibat sakit kencing manis.
Allahyarhamah adalah ibu kepada Othman atau lebih masyur dengan nama Man Kak Long atau Mak Jang Jah iaitu balu Allahyarham Pak Jang Rashid seorang bekas tentera yang berpengkalan di Matang Kuching, Butterworth.
Cucunya Mohd Rizal yang kini bekerja di sebuah syarikat swasta pernah diiktirafkan sebagai 'Pemuda Berdaya Saing' sewaktu Pakatan Pemuda Kg Guar Kepayang aktif sekitar 10 tahun lalu. Manakala abangnya, Mohd Liza seorang guru yang juga peniaga mee udang di Sungai Dua bersama isterinya.
Semoga roh Kak Long akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang solehah. Amin.
8:53 AM | Labels: berita | 0 Comments