Surau Kg Guar Kepayang.melahirkan Hafiz dan Hafizah muda yang berbakat.
Semalam 31hb, Disember 2009 di mana ramai generasi muda berpekik melolong atau berdansa mendengar hiburan yang mengkhayalkan di tepi pantai, padang awam atau di mana sahaja sementara menanti percikan bungapi tanda sambutan Tahun Baru 2010 kanak-kanak bakal menjadi remaja suatu hari nanti diraikan dalam majlis penuh dengan keberkatan demi melahirkan bakal-bakal Hafiz dan Hafizah suatu hari kelak.
Hasil usaha yang dilaksanakan oleh surau untuk menyekat gejala yang tidak bermoral bermula di alam kanak-kanak wajar diberikan perhatian oleh semua ibubapa ekoran alam globalisasi kini memerlukan sentuhan jiwa jika tidak generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan akan hancur bahkan negara yang dipimpin turut haru hara, tidak ketahuan serta menempah bala Allah s.w.t.
Jadi untuk menghindarkan bala Allah s.w.t maka surau Kg Guar Kepayang cuba menganjurkan kelas Tahfiz yang dikendalikan oleh tiga tenaga pengajar yang konsisten walaupun bukan menadapat bayaran yang lumayan.
Ketiga-tiga tenaga pengajar seperti Ustaz Mahmud Shakir Abdullah iaitu anak ke tiga Allahyarham Ustaz Abdullah Yaacob dari Pokok Tampang, Ustaz Kamal Mohamad yang juga berasal dari Pokok Tampang tapi kini menyewa di Pokok Sena manakala seorang lagi Ustaz Mohd Khairi Abu Hasan iaitu menantu kepada Pengerusi Surau sendiri, Cikgu Saad Haji Ahmad.
Dibawah ini disertakan detik-detik bersejarah tersebut.
Barisan Hafizah sedang menanti penyampaian sijil.. Hai seronoknya nak dapat sijil tanda habis belajar..!!
4:48 PM
|
Labels:
berita
|
This entry was posted on 4:48 PM
and is filed under
berita
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment