Jenazah Allahyarham Daud Ibrahim selamat dikebumikan.

Hari ini Kampung Guar Kepayang sekali lagi rela dengan pemergian warganya iaitu pesara Pihak Berkuasa Air (PBA), Haji Daud Ibrahim yang berasal dari Paya Keladi, Kepala Batas.

Allahyarham merupakan suami kepada bekas Ustazah yang biasa mengajar ramai warga kampung sekitar tahun 1970 an, Hajjah Fatimah Abdul Rashid atau lebih dikenali dengan panggilan mesra 'A Timah'.

Wa Daud meninggal sekitar pukul 8.30 pada malam Isnin selepas saja jemaah surau selesai membaca Yasin untuknya.  Allahyarham meninggalkan seornag balu dan tiga orang anak dua perempuan dan seorang lelaki.  Mereka adalah Fahada, Fahimi dan Farid semuanya bermula dengan huruf 'F'.

Anak sulungnya, Fahada dulu berkhidmat dengan MayBank di Kuala Lumpur tapi kini diberitakan bertukar profesion sebagai peniaga butik pula... Fahimi sebagai kerani di salah permis guaman di Seberang Jaya manakala Farid bekerja di bidang industri.

Seperti biasa jenazahnya disemadikan di perkuburan Masjid Tuan Samad pada pukul 10 pagi dan diimami oleh Imam Satu masjid berkenaan, tuan Haji Mohd Amin.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger