Fenomena di Guar Kepayang waktu ini.
Seperti biasa di mana-mana lokasi sekalipun termasuk kampung ini sudah melepasi era kenduri kendara. Di kampung ini juga tidak lari daripada kedaifan semangat gotong royong atau kata lain penurunan kerjasama dek kerana kesibukan golongan muda dengan kerja masing-masing.
Bukan itu sahaja golongan terbabit tiada yang boleh jadi ketua untuk mengawal selia pergerakan di waktu kenduri kendara mahupun majlis lain. Hendak harapkan golongan veteran maklumlah mereka juga tidak ada tokoh yang nak buat kerja beroganisasi.
Kita tinggalkan kisah tersebut yang penting sekarang ini kampung ini sibuk dengan tuai padi. Banyak petani di sini dah nak kaya tapi jangan lupa bayar zakat sudahhhhhh....nanti dilaknat Allah s.w.t. Balasan Allah bukan setakat individu terbabit saja bahkan rakyat jelata.
Yang paling kalut la ni siapa lagi Saudara Anas lah... Dia yang jadi broker mesin padi selain Ketua Kelompok Unit Guar Kepayang, Saudara Abdul Rahman anak Pak Dak Yaacob yang tinggal di utara Guar Kepayang.
Ada dua jentera tuai di ini satu hak swasta di kendalikan oleh Saudara Abdul Rahman. Manakala di bawah kendalian Anas ialah jentera Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pokok Sena.
Yang ni agak pelik sikit kenapa Ketua Kelompok yang ditaja oleh PPK tidak guna kemudahan yang PPK bagi sebaliknya ambil yang 'cina' punya. Maiguarkepayang bukan nak bangkitkan soal perkauman di sini tetapi agak hairan peristiwa itu terjadi.
Selepas padi di ambil seperti biasa jerami akan dibakar. Lepas itu jentera membajak pula ambil giliran termasuk dua buah traktor yang merupakan aset Parti Islam Semalaysia (PAS) Cawangan Guar Kepayang.
Waktu itu yang akan kalut ialah Mohamad Abdul Rahman dan Mutalib Abdul Hamid atau Wa Lid yang kerja rutinya menjual ikan di kampung.
Maiguarkepayang akan menceritakan lagi peristiwa yang berlaku saban minggu di kampung ini dan kepada para petani sekali lagi diingatkan supaya membayar zakat kepada mereka yang berhak... Jangan lupaaaa.
9:36 PM
|
Labels:
berita
|
This entry was posted on 9:36 PM
and is filed under
berita
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment