Keluarga Mohamad Abdul Rapat menerima musibah
Sudah jatuh ditimpa tangga begitulah yang boleh buat andaian kepada keluarga Mohamad Abdul Rapat yang tinggal di sebelah surau Kampung guar Kepayang. Mungkin lebih kenal kalau disebut Long Limah sebab anak dia ada gelaran tersendiri.
Abang Mat ni memang sudah berpenyakit penat tapi kerana memenuhi hajat sepupunya Ngah Dilah dan Ngah Mokthar dari Kampung Padang Katong, Perlis untuk memeriahkan suasana kenduri anaknya apa lagi ramailah orang kampung turun ke Perlis hari tu....
Yang sedihnya, semasa perjalanan pulang kereta Abang Mat yang dipandu anaknya, Anas menyodok belakang kereta Storm dekat salah satu persimpangan berdekatan simpang ke Gunung Keriang.
Apa lagi remuklah kereta Toyota 'ala-ala buah kana' tu. Tetapi, syukur semuanya selamat kecuali Abang Mat dan isterinya, Rohani Daud sahaja yang kena masuk wad di Hospital Alor Setar sehari dua.
Abang Mat patah tiga tulang rusuknya manakala isterinya mendapat jahitan di kepala mungkin terhantut ekoran hentaman kuat semasa pelanggaran.
Sekarang ini mereka sudah kembali ke rumah. Itulah dikatakan malang tak berbau... di mana sahaja boleh berlaku cuma apa yang penting berwaspadalah ketika memandu.
4:17 PM
|
Labels:
berita
|
This entry was posted on 4:17 PM
and is filed under
berita
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment