Pencuri masuk rumah taukeh kuah mee bulan puasa

Oleh: Tuba

Alahaii.. nasib..!! Kampung ini memang macam tu sejak dulu bila semua orang tenang maka timbulkan kes kecurian.  Tapi yang anehnya sejak dulu saya sendiri tidak pernah melihat pencuri yang dicekup macam kampung lain dipersekitaranya ada yang diberkas, ditumbuk sebelum diserahkan kepada pihak yang berwajib.

Semasa dulu saya masih teringat 'Peristiwa Orang Minyak' ramailah orang kampung jaga malam bergilir-gilir itu pun tak semua yang lelapsetiap malam pun banyak. Tetapi lepas itu semua lepas tangan maklumlah orang minyak hilang ghaib begitu sahaja.

Kini peristiwa tersebut tinggal kenangan tapi yang masih membaluti masalah penduduk kampung ialah kecurian yang makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.  Pencuri amat licik sekali tak pernah ditangkap walaupun ada heboh penduduk terserempak dengan 'Si Malim' pinjam sekejab bahasa Indonesia ketika sibuk melayan pekerjaan terkutuk.

Terbaru, kes tersebut menimpa keluarga Mak Dak Rodiah, taukeh kuah mee bulan Ramadhan yang beroperasi di tepi jalan Pongsu Seribu dan Permatang Sungai Dua.

Peristiwa terbabit dikatakan terjadi pada 18hb, Februari 2010 ketika mereka sekeluarga keluar menziarahi sanak saudara.  Pencuri cuma buang tiga kepak tingkap dan tolak besi bagi membolehkan dirinya membolosi ke dalam rumah yang didiami bersama anak saudaranya, Ustazah Nazirah atau nama komesialnya Kak Ngah dan suaminya Rahmat serta dua orang anaknya yang masih kecil.

Dengar kata dapat pula Si Malim RM300 untuk penuhkan koceknya dan kebas sebuah motor kepunyaan Rahmat.

Bila sebut kebas harta benda Rahmat, pencuri tersebut salah orang la...sebab Rahmat boleh jadi bomoh maklumlah anak didik Dato' Harun Din pastinya beliau akan usahakan untuk mengetahui siapa si petualang yang selama ini belum pernah dicekup.

Untuk memastikan rumah kita selamat semua warga Guar Kepayang kena lebih hati-hati kunci pintu dan kalau boleh pasangkan lampu luar rumah supaya menyenangkan sesiapa pun mengsyaki jika ternampak makluk yang mencurigakan.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger