Papan tanda Kampung Guar Kepayang disambar pencuri.
Oleh: Tuba.
Apa punya musibatnya pencuri sehingga papan tanda Kampung Guar Kepayang kepunyaan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pun dikebas. Ia menyusahkan orang sebab kosong tinggal tiang besinya sahaja.
Cuma baru-baru ini ketika kenduri rumah Ismail Talikom mereka membuat inisiatif melekatkan kertas putih bertulis hitam belang belang untuk menyenangkan orang luar ke kendurinya. Jika tidak pasti ada yang tak sampai terpaksa pulang sambil makan di kedai.
Saya rasa sudah sampai masanya pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kena buat pengumuman atau mengistiharkan 'program Rukun Tetangga' macam di taman-taman perumahan tu.
Asal jangan bila dilaksanakan program tersebut Si Malim sendiri antara orang yang turut jaga malam bersama orang kampung maklumlah kita tidak mengenali siapa si pengkhianat tersebut..
JKKK wajar bertindak segera terhadap kehilangan papan tanda itu dan patut segerakan memberitahu MPSP untuk mengantikan yang baru bagi kemudahan orang luar mengenali Kampung Guar Kepayang.
Bukan sahaja papan tanda Guar Kepayang sahaja dikebas malahan papan tanda Permatang Sungai Dua juga disapu oleh sipencuri celaka....Mungkin kot harga besi melambung maka mereka tidak lepas peluang mana ada besi mereka akan cari jalan mencurinya.

4:57 PM
|
Labels:
berita
|
This entry was posted on 4:57 PM
and is filed under
berita
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment