PASTI Guar Kepayang hebat.

Syukur se syukur-syukurnya..Akhirnya teka teki pasukan PASTI mana yang munjul juara Pertandaingan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Parlimen Tasek Gelugor terjawab.  Nama PASTI Guar Kepayang terus terpahat 'Gah' apabila berjaya mempertahankan kejuaraan bola sepak PASTI parlimen ini dua tahun
berturut-turut.

Tahun ini merupakan takut 'terkejut' bagi PASTI Guar Kepayang kerana tiba-tiba saja pasukan bola jaring juga turut menunjukan taring panjang apabila berjaya mengalahkan pasukan tersohor dari PASTI Padang Menora yang terkenal dengan sikap kental dan mantap. Mereka kalah 5-3.

Bukan itu sahaja 3 orang pemian dari PASTI Guar Kepayang iaitu Amirul Shami Azizan (anak Jan Ismail) diangkat sebagai pemain terbaik musim ini.  Sepanjang perlawanan dia tidak pun membiarkan gol dibolosi.
Ihsan Khairul Anuar pula dipilih sebagai penjaring terbanyak.  Puteri Qistina dari pasukan bola jaring mendapat gelaran penjaring terbanyak manakala Yushani Azahari dari PASTI Padang Menora dianugerahkan pemian terbaik.. 

Apa pun PASTI Guar Kepayang mengucapkan jutaan terima kasih pada guru yang terlibat kerana berjaya mengangkat martabat dan emej PASTI ini  ke kancah yang lebih dihormati.
Cikgu Nor Azah Hashim, Cikgu Zaleha Hasan, Cikgu Jamaah Abu Seman dan Cikgu Siti Rosnah Saidin sekalung tahniah dan 'tabik' banyak-banyak.

Paling seronok dan menghairankan banyak pihak, bagaimana seorang guru PASTI boleh menjadi handal mengajar anak buah mengelicik bola, memintas, menendang kuat ke arah gol, tandukan yang mengancam pihak lawan, berlari pantas dan memastikan gol tidak dibolosi merupakan satu kepakaran yang boleh mengalahkan juru latih lelaki dari lain-lain PASTI sebab PASTI Guar Kepayang satu-satunya juru latih bola sepak ialah guru sendiri.

Selepas ini mungkin guru PASTI Guar kepayang yang bertungkus lumus mengajar bagaimana mengawal bola akan dilantik menjadi juru latih untuk Parlimen ini melawan pasukan lain di peringkat negeri kelak.

semua itu tidak mustahil kerana mereka berjaya menonjolkan bakal yang bukan sahaja tidak kepalang malahan menjadi ancaman kepada juru latih lelaki yang sedia ada.

Tahniah dan tahniah!!!!!!!...
























Guar Kepayang jadi pulau semula.

Assalamualaikum... pejam celik.. pejam celik dah pun masuk musim membajak dah kepada orang yang mengerjakan sawah padi khususnya warga Kampung Guar Kepayang.

Hari ini 15hb, Mac 2011 air dah mula masuk ke taliar dan dua tiga hari lagi berlenanglah air dalam petak sawah tambahan lagi hujan dan mula turun beberapa minggu lalu petanda kemarau dah tamat. 

Bagi Pak Tani inilah masanya mereka bekerja semula menyembur racun batas, racun anak padi, perbetul batas yang pecah kena traktor atau jentera padi.  Sebulan juga mereka duduk goyang kaki tapi tak apa goyang-goyang pun masuk juga sebab kali ini boleh dikatakan 90 % hasilnya memuaskan.

Bagi pekerja sektor lain serupa sahaja masuk tengah bulan mulalah gelabah dan jikalau ada sumber lain legalah rasanya dapat tampung perbelanjaan yang melambung bukan main tinggi macam wau di langit.

Seperti biasa di mana-mana kampung tiba saja musim cuti sekolah maka ramailah pula nak kenduri melangsungkan perkahwinan anak atau cucu.  Kali ini letihlah ketua pasukan masak seperti Pak Dak Shariff, Pak Jang Man ataupun sesiapa sahaja yang menjadi kawan api setiap pagi di rumah kenduri.

Tapi, tak apa sebab semua petugas akan diberikan imbunan terkini bunga telur, beg yang mengandungi kuih, sapu tangan untuk lap peluh atau trend baru bagi jag air seorang satu.

Bagi pelajar sekolah pula apa lagi 'hore-hore' lah bertandang ke sana ke mari ada berbasikal ke hulu ke hilir serta yang lebih berani bermotorsikal walaupun ada setengahnya kaki pun tak sampai pijak tanah.  Naik bukan main laju sampai ada yang 'berdoromen muka'..

Ok nanti ada cerita lagi Tuba akan selitkan... selamat berjumpa lagi,

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger