PASTI Guar Kepayang hebat.
Syukur se syukur-syukurnya..Akhirnya teka teki pasukan PASTI mana yang munjul juara Pertandaingan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Parlimen Tasek Gelugor terjawab. Nama PASTI Guar Kepayang terus terpahat 'Gah' apabila berjaya mempertahankan kejuaraan bola sepak PASTI parlimen ini dua tahun
berturut-turut.
Tahun ini merupakan takut 'terkejut' bagi PASTI Guar Kepayang kerana tiba-tiba saja pasukan bola jaring juga turut menunjukan taring panjang apabila berjaya mengalahkan pasukan tersohor dari PASTI Padang Menora yang terkenal dengan sikap kental dan mantap. Mereka kalah 5-3.
Bukan itu sahaja 3 orang pemian dari PASTI Guar Kepayang iaitu Amirul Shami Azizan (anak Jan Ismail) diangkat sebagai pemain terbaik musim ini. Sepanjang perlawanan dia tidak pun membiarkan gol dibolosi.
Ihsan Khairul Anuar pula dipilih sebagai penjaring terbanyak. Puteri Qistina dari pasukan bola jaring mendapat gelaran penjaring terbanyak manakala Yushani Azahari dari PASTI Padang Menora dianugerahkan pemian terbaik..
Apa pun PASTI Guar Kepayang mengucapkan jutaan terima kasih pada guru yang terlibat kerana berjaya mengangkat martabat dan emej PASTI ini ke kancah yang lebih dihormati.
Cikgu Nor Azah Hashim, Cikgu Zaleha Hasan, Cikgu Jamaah Abu Seman dan Cikgu Siti Rosnah Saidin sekalung tahniah dan 'tabik' banyak-banyak.
Paling seronok dan menghairankan banyak pihak, bagaimana seorang guru PASTI boleh menjadi handal mengajar anak buah mengelicik bola, memintas, menendang kuat ke arah gol, tandukan yang mengancam pihak lawan, berlari pantas dan memastikan gol tidak dibolosi merupakan satu kepakaran yang boleh mengalahkan juru latih lelaki dari lain-lain PASTI sebab PASTI Guar Kepayang satu-satunya juru latih bola sepak ialah guru sendiri.
Selepas ini mungkin guru PASTI Guar kepayang yang bertungkus lumus mengajar bagaimana mengawal bola akan dilantik menjadi juru latih untuk Parlimen ini melawan pasukan lain di peringkat negeri kelak.
semua itu tidak mustahil kerana mereka berjaya menonjolkan bakal yang bukan sahaja tidak kepalang malahan menjadi ancaman kepada juru latih lelaki yang sedia ada.
Tahniah dan tahniah!!!!!!!...
7:20 PM
|
Labels:
berita
|
This entry was posted on 7:20 PM
and is filed under
berita
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment