Orang Spanyol muncul di Kg Guar Kepayang
Amboii.. Zaidi tengah masak bagi dekat pelancung ke??? atau Mr Carlos dan Raquel yang memasak untuk penduduk selatan Kampung Guar Kepayang. Makanan bancuhan telur, ubi kentang dan campuran lain sungguh istimewa.
Tu.. dia baru betul yang ini punya gambar. Rupanya Raquel yang teruk masak yang lain tengok dan tunggu nak makan sahaja. Bagus juga dia masak rasa macam martabak pun ada.
Carlos pula jadi macam jurujual asyik panggil orang rasa masakan mereka. Katanya, itu baru satu resepi yang diberikan ada banyak lagi yang belum ditunjukan.
Kalau Carlos dan Raquel tinggal lagi 4 hari di Kampung Guar Kepayang ramai yang boleh berbahasa Inggeris campur Spanyol termasuk adik Balqis anak Zamri. Baru dua hari dah nampak imtim macam berada di luar negara.
Senyuman Raquel manis sekali apatah lagi berbaju kurung. Nampak bergaya dan anggun. Walaupun baju kurung yang dipinjamkan dari orang kampung dia rasa sungguh gembira.
Nampak dak kepakaran mereka memasak.. Memang mendapat perhatian orang ramai sehingga kanak-kanak juga rasa seronok dapat rasai masakan bernama 'Tortilla'.
Carlos tetap memasak sebagai tambahan kepada sesiapa yang lalu lalang dekat rumah Pak Lang Chin..
Nampak kan... kanak-kanak dan mula mesra denganya.
Anak Azizan pun tak lepas makan masakan orang Spanyol tu... Tentu menyelerakan..!!!
Hai... dia yang pulun lebih.. tak apa dia yang masak.
Macam kenduri rakyat gayanya. Satu pertunjukan yang memang tak di sangka-sangka.
Kalau Mak Ngah Zaharah pun turut serta merasakan keenakan masakan orang Spantol pasti sedap tak terkira. Kalau bagi markah tentunya 99.9 peratus.
My Friend itulah saat-saat yang tidak boleh dilupakan oleh Pak Dak Ya. Lepas ni kena pergi Spanyol pula le...nampaknya.!!!..
Ah Choong pun yakin ni satu resepi yang sedap dan lazat.
Sekali pandang nampak macam peniaga pasar malam.. kalut dok hidang pada pelanggan.
Ni.. nampak macam sahabat lama..Sedangkan baru berkenalan tidak sampai dua minggu.
Carlos dan Raquel dikenali ketika sebahagian pemuda Kampung Guar Kepayang pergi berkelah di Pantai Kerachut, Teluk Bahang baru-baru ini. Dengar kata mereka terpaksa menumpang rombongan pemuda sebab makanan yang dibawa dilarikan monyet di situ.
Apa lagi rapatlah perkenalan sehingga membawa Carlos dan Raquel teringin sangat merasakan kehidupan
di tengah-tengah masyarakat melayu.
di tengah-tengah masyarakat melayu.
Mereka datang sendiri dengan bas di waktu malam. Satu kelebihan yang ada pada pelancung negara kita jika mereka berhajat pasti dicari sehingga di temui. Sebab itu mana ada pelancung asing sesat di Malaysia.
Peristiwa kedatangan mereka di Kampung Guar Kepayang adalah satu sejarah kerana sebelum ini tidak pernah 'orang putih' pijak bumi Guar Kepayang kecuali menantu Allahyarham Pak Long Hasan yang kahwin dengan Kak Timah.
Nampak dari riak muka tidak dinafikan mereka begitu gembira sepanjang berada di sini. Semangat itulah yang memungkinkan penduduk yang berduit lebih kena bina 'Homestay' untuk tarikan para pelancung.
Satu lagi ideal yang perlu difikirkan oleh kita semua.. Mudah mudahan apabila mereka melihat sikap dan adap kesopanan yang ditunjukan oleh penduduk mereka akan tertarik lebih-lebih lagi untuk mengetahui adat resam dan Islam itu sendiri.
5:38 AM | Labels: berita | 0 Comments
Kak Cik Hendon meninggal dunia
Kira-kira pukul 1.40 pagi pada 5hb, Februari lalu Kampung Guar Kepayang kehilangan seorang lagi warganya iaitu Allahyarhamah Aminah Ahmad atau lebih mesra dipanggil Kak Cik Hendon.
Tentu mereka yang dah lama tinggalkan kampung ni tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan. Kepada anak jati kampung ini mesti kenal Pak Teh Mat yang tinggal hujung kampung sebelah rumah Pak Lang Chin yang dulu halaman rumahnyalah kita sama-sama main guli atau gasing sebab tanahnya yang agak keras dan rata.
Ataupun main wau dan cari ikan temekung di dalam ban di belakang rumahnya. Pasti teringat lagi titi (jambatan) kayu usang yang sering menjadi tempat melompat ketika mandi manda ketika air bendang mula sampai. Airnya jernih dan sejuk menyebabkan ramai yang berminat terjun terpacak kepala, ada yang buat gaya akrobatik dan sebagainya.
Allahyarhamah meninggalkan suaminya Bakar Bidon dan 6 orang anak yang antaranya membuka bengkel
GK Motor di hadapan jalan Kampung Guar Kepayang.
Semoga rohnya dilimpahi rahmat, Al Fatihah
8:36 PM | Labels: berita | 0 Comments
Sambutan Maulidur Rasul di PASTI Nurul Iman, Kg Guar Kepayang, Kepala Batas
Sempena sambutan Maulidur Rasul lalu, PASTI Nurul Iman Kg Guar Kepayang tidak ketinggalan berarak mengelilingi kampung kira-kira 1 kilometer jauhnya bersama ibubapa dan masyarakat setempat.
Seronok betul mendengar kanak-kanak melaungkan selawat ke atas Rasullulah s.a.w dengan sambutan rakan sepanjang pembarisan.
Selepas mengelilingi kampung para hadirin diberikan sedikit santapan rohani oleh Penyelaras PASTI Kawasan, Mohd Amin yang menjadi bidan terjun mengantikan mantan Pengerusi PASTI Nurul Iman, Ustaz Moin Hashim yang tidak dapat hadir ekoran perkara yang tidak dapat dielakan.
Para hadirin, kanak-kanak serta orang kampung dihidangkan dengan nasi daging bersama air asam yang cukup istimewa hasil air tangan muslimat kampung sendiri.
7:17 PM | Labels: berita | 0 Comments
Bio Teraphy datang jual produk di kampung Guar Kepayang
Sekali pandang tunggu giliran macam nak masuk wad. Tapi semua itu bukan sebaliknya tunggu giliran nak 'test' kaki dan tangan mana tahu ada penyakit yang sedang menanti. Luar nampak sihat tapi dalaman berserabut dengan lemak yang halang perjalanan darah dengan baik.
Justeru itu tanpa dipanggil sebuah syarikat Bio Teraphy dari Alor Setar, Kedah tiba-tiba muncul di Kampung Guar Kepayang menceritakan apa yang ada dalam badan manusia.
Maka, ramailah yang sakit bila diperiksa. Ada yang beli terus dan banyak juga yang berjaya dijual walaupun harganya mencecah RM4,000 sebuah.
Lepas ini ramailah warga Guar Kepayang akan sihat walafiat.
12:51 AM | Labels: berita | 0 Comments
Jemaah Ibubapa dan Guru (JIBG) Pusat Asuhan Tunas Islam Pasti Nurul Iman ditubuhkan.
Tu... dia wajah Jemaah Ibubapa dan Guru(JIBG) PASTI Nurul Iman, Kampung Guar Kepayang yang cukup bergaya ketika bergambar bersama Penyelaras PASTI Kawasan Tasek Gelugor, Mohd Amin, Penyelaras Dun Sg Dua, Fahmi Abd Wahab dan Ketua PASTI Cawangan, Ust Fauzi Haron.
Kini bermulakan satu perkembangan baru di PASTI ini kerana penubuhan itu membawa banyak erti pada masa depan.
Lepas ini tanggungjawan AJK PASTI tidaklah seberat dulu sebab boleh dikongsi bersama JIBG untuk melaksanakan satu-satu program.
12:03 AM | Labels: berita | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)