Bio Teraphy datang jual produk di kampung Guar Kepayang

Sekali pandang tunggu giliran macam nak masuk wad.  Tapi semua itu bukan sebaliknya tunggu giliran nak 'test' kaki dan tangan mana tahu ada penyakit yang sedang menanti.  Luar nampak sihat tapi dalaman berserabut dengan lemak yang halang perjalanan darah dengan baik.

Justeru itu tanpa dipanggil sebuah syarikat Bio Teraphy dari Alor Setar, Kedah tiba-tiba muncul di Kampung Guar Kepayang menceritakan apa yang ada dalam badan manusia.

Maka, ramailah yang sakit bila diperiksa.  Ada yang beli terus dan banyak juga yang berjaya dijual walaupun harganya mencecah RM4,000 sebuah.

Lepas ini ramailah warga Guar Kepayang akan sihat walafiat.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger