Sembahyang Sunat Aidil Fitri di Dataran Wakaf di pagi Syawal

Selamat Hariraya Aidil Fitri kepada seluruh warga Kampung Guar Kepayang tahun 2012.
Seperti biasa warga Guar Kepayang bersembahyang Sunat Aidil Fitri di Dataran Wakaf berhadapan dengan surau.

Ramai sungguh datang dengan muka ceria, gembira kerana dapat bermaaf-maafan dengan jiran tetangga, rakan lama mahu pun dengan orang yang lebih veteran di kampung.  Bagi mereka yang tinggal berjauhan dari kampung halaman bila beraya di sini pastinya mengamik segala kenangan silam berkawan atau berlari di waktu malam disaat-saat Tok Imam dan para jemaah bersolat terawih.

Lepas dengar suara Imam mengakhari bacaan doa barulah berlumba-lumba mendaki tangga surau duduk bersila dengan penat menjela atau linangan peluh menghirup bubur kacang dan sebagainya.

Sebenarnya sembahyang di Dataran Wakaf bukan perkara baru sebaliknya sudah 10 tahun ianya diadakan di situ hasil ketegasan Pakatan Pemuda yang dulunya aktif dengan berbagai program kemasyarakatan.

Solat Terawih tetap ramai di Surau Guar Kepayang

Seperti biasa muncul sahaja bulan Ramadhan ramailah warga Kampung Guar Kepayang berpusu-pusu hadir ke surau untuk beribadah.   Ramadhan yang terkenal dengan bulan rahmat membawa semua orang tidak kira tua muda, wanita dan lelaki bersama Solat Terawih yang diimamkan oleh tokoh ulamak muda yang baru kembali bercuti di sebuah univesiti di Mesir iaitu Mohzani Abdul Rahim dan Shuhairi Ishak atau lebih mesra dipanggil Acik.

Mereka bertukar-tukar menjadi imam jika tidak menerima jemputan iman di masjid luar.

Memang tidak dinafikan dii minggu pertama memang ramai hingga ke tangga hadir untuk menunaikan sembahyang Terawih.  Lama kelamaan kian berkurangan tetapi tidaklah seteruk surau atau sesetengah masjid yang terdapat di persekitaran.

Maklumlah masyarakat di sini sering mendapat asahan pemikiran dan perketatkan akidah oleh ustaz jemputan yang memberikan tazkirah.  Boleh dikatakan selang dua malam muncul ustaz terdiri daripada generasi muda bersuara tegas mengajar dan memberikan beberapa tip menghindarkan Ramadhan menjadi sia-sia.

'Selepas waktu Subuh ada pula kuliah yang disampaikan Ustaz Yusuf Awang dari Sidam.  Beliau sampaikan pengajaran setiap pagi Isnin, Selasa dan Rabu manakala hari Khamis dan Jumaat dibahagikan kepada Surau Permatang Sungai Dua dan setiap hari Sabtu dan Ahad giliran Masjid Permatang Sungai Dua pula menjadi tuan rumah.

Bukan itu sahaja golongan muslimat juga mempunyai kuliah sendiri dari Ustazah jemputan serta Majlis Ijtimak setiap hari Ahad bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari turut dikekalkan pada bulan Ramadhan.

 Mudah-mudahan seruan yang tertera di papan tanda bersebelahan Sekolah Agama Rakyat bertajuk 'anda berada di perkampung Islam' terus menjadi sandaran dan harapan.

Namun, ada yang masih degil tidak memperdulikan kempen tersebut dengan memandang sebelah mata sambil menaiki atau membonceng motosikal ke sana ke mari.

Kepada ibubapa, mereka harus prihatin terhadap kelakuan anak-anak yang masih di bawah jagaan manakala kepada sang suami juga mesti memastikan isteri tidak lagi bertelanjang dalam berpakaian.
Barulah kampung kita terhindar dari bala Allah s.w.t.... Amin....














Dua bulan sahaja empat kematian di Kampung Guar Kepayang



Dalam masa dua bulan sahaja empat jenazah bersemadi di Masjid Tuan Samad, Permatang Sungai Dua..  Kesemuanya adalah penduduk Kampung Guar Kepayang.  Tiga antaranya lelaki iaitu Abang Yusuf yang dulunya menaiki Vespa atau lebih senang dikenali merupakan ayah kepada Mohd Zaki, Mohd Zaini dan Zakri.

Keduanya, Mohd Noor Yahya bekas Ketua Pakatan Pemuda Guar Kepayang yang meninggal seorang balu dan tujuh orang anak yang masih kecil.  Beliau meninggal akibat sakit jantung.  Allahyarham merupakan kakitangan di Pejabat Barita Harian, Peai.

Ketiganya ialah tukang masak yang begitu sinomin dengan kenalikan masakan terutamanya di setiap rumah kenduri di Guar Kepayang.  Masakanya yang paling istimewa ialah 'Daging Pesamah', 'Air Asam' atau 'Kerabu Taugeh' yang diramas menggunakan tangan.  Jika sesiapa yang datang kenduri di kampung ni pasti menjilat jari jika makan dua atan tiga sajian tersebut.

Tapi, apa boleh buat sekarang ini dah ramai menggunakan khidmat Katering maka sajian istimewa itu agak tenggelam.  Apa pun para jemputan boleh tanya pada tuan kenduri yang mana mereka pilih samada Katering atau masakan orang kampung.  Kalau masakan orang kampung pasti dua atau tiga hidangan itu wujud.

Keempat jenazah yang dimaksudkan ialah Jang Bibah emak kepada Ustaz Hashim yang tinggal di hujung kampung sebelah Guar Kepayang utara.  Allahyarhamah merupakan orang tua lama di kampung berkenaan.


Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger