Solat Terawih tetap ramai di Surau Guar Kepayang
Seperti biasa muncul sahaja bulan Ramadhan ramailah warga Kampung Guar Kepayang berpusu-pusu hadir ke surau untuk beribadah. Ramadhan yang terkenal dengan bulan rahmat membawa semua orang tidak kira tua muda, wanita dan lelaki bersama Solat Terawih yang diimamkan oleh tokoh ulamak muda yang baru kembali bercuti di sebuah univesiti di Mesir iaitu Mohzani Abdul Rahim dan Shuhairi Ishak atau lebih mesra dipanggil Acik.
Mereka bertukar-tukar menjadi imam jika tidak menerima jemputan iman di masjid luar.
Memang tidak dinafikan dii minggu pertama memang ramai hingga ke tangga hadir untuk menunaikan sembahyang Terawih. Lama kelamaan kian berkurangan tetapi tidaklah seteruk surau atau sesetengah masjid yang terdapat di persekitaran.
Maklumlah masyarakat di sini sering mendapat asahan pemikiran dan perketatkan akidah oleh ustaz jemputan yang memberikan tazkirah. Boleh dikatakan selang dua malam muncul ustaz terdiri daripada generasi muda bersuara tegas mengajar dan memberikan beberapa tip menghindarkan Ramadhan menjadi sia-sia.
'Selepas waktu Subuh ada pula kuliah yang disampaikan Ustaz Yusuf Awang dari Sidam. Beliau sampaikan pengajaran setiap pagi Isnin, Selasa dan Rabu manakala hari Khamis dan Jumaat dibahagikan kepada Surau Permatang Sungai Dua dan setiap hari Sabtu dan Ahad giliran Masjid Permatang Sungai Dua pula menjadi tuan rumah.
Bukan itu sahaja golongan muslimat juga mempunyai kuliah sendiri dari Ustazah jemputan serta Majlis Ijtimak setiap hari Ahad bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari turut dikekalkan pada bulan Ramadhan.
Mudah-mudahan seruan yang tertera di papan tanda bersebelahan Sekolah Agama Rakyat bertajuk 'anda berada di perkampung Islam' terus menjadi sandaran dan harapan.
Namun, ada yang masih degil tidak memperdulikan kempen tersebut dengan memandang sebelah mata sambil menaiki atau membonceng motosikal ke sana ke mari.
Kepada ibubapa, mereka harus prihatin terhadap kelakuan anak-anak yang masih di bawah jagaan manakala kepada sang suami juga mesti memastikan isteri tidak lagi bertelanjang dalam berpakaian.
Barulah kampung kita terhindar dari bala Allah s.w.t.... Amin....
10:22 PM
|
Labels:
berita
|
This entry was posted on 10:22 PM
and is filed under
berita
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment