Dr Azarudin mahu jadikan Kampung Guar Kepayang sebagai kampung angkat Sifir Jari
"Saya akan jadikan Kampung Guar Kepayang sebagai kampung angkat saya mulai hari ini, " itulah tekad pakar Sifir Jari, Dr Azarudin Haji Baki yang berasal dari Kerdau, Pahang Darul Makmur.
Beliau begitu teruja untuk memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak kampung ekoran sambutan yang diberikan oleh masyarakat kampung terhadap pembelajaran yang diberikan.
Pertambahan pelajar daripada sessi pertama sekaligus membuka mata ibubapa yang mahukan minda anak mereka terbuka walaupun ada antaranya masih 'blur' apa itu Sifir Jari.
Untuk pengetahuan semua masyarakat kampung ataupun sekitarnya program khas Sifir Jari dan motivasi bagaimana menjadikan insan berjaya akan diadakan pada 2hb, Februari 2014.
Kemungkinan tarikh akan berubah ke 9hb, Februari 2014 sebab tarikh cadangan awal ada kenduri di rumah Saudara Khalid Othman yang berhampiran dengan surau iaitu lokasi program.
Beliau berjanji akan membawa rakanya yang berjaya dalam kehidupan seperti Jurutera, Doktor, Peguam, Guru dan seumpamanya untuk bersama duduk dengan orang kampung berbicara bagaimana mahukan anak anak dengar cakap, berinovasi dan cergas minda.
Baru baru ini Dr Azarudin mahukan pelajar membawa dua botol kaca kosong yang dibasuh bersih ke program yang bakal diadakan kelak. Kemudian dipecahkan dan pelajar sendiri akan berjalan atas kaca yang dipecahkan tadi.
Apa yang akan terjadi marilah kita saksikan bersama pada hari tersebut dan kepada mereka yang belum mendaftarkan diri sebagai 'Ahli Kelab Sifir Jari' boleh berbuat demikian agar setiap program yang akan menyusul As Sohwah Life akan memberikan pemotongan istimewa terhadap setiap pembayaran masuk.
10:59 AM | Labels: berita | 0 Comments
Seminar Sifir Jari mendapat sambutan hangat dari pelajar sekolah.
Satu lagi kejayaan Kampung Guar Kepayang apabila berjaya menganjurkan Seminar Sifir Jari bersama As Sohwah Life pada 1 Disember 2013 lalu.
Ramailah anak kampong berduyun-duyun mengambil bahagian tanpa penglibatan ibubapa sebab ramai yang beranggapan As Sohwah Life menjual ubat atau Direct Sellling.. Maka, program sebelum ini ketika diberikan peluang memperkenalkan As Sohwah Life sempena Sambutan 25 tahun PASTI pada 9 dan 10 November 2013 ramai tidak menghadirkan diri kononya tidak mahu terlibat dengan sistem jualan langsung.
Dua individu yang terlibat memberikan penerangan iaitu Saudara Amruz Suhari dan Dr Azarudin sempat juga memperjelaskan kepada masyarakat apa itu As Sohwah Life dan kepentingan motivasi serta Sifir Jari.
Dr Azarudin mencerita pengalamanya mengenai Sifir Jari yang dipelajarinya dari ayahnya sepanjang berada di atas pelantar basikal tua ketika mahu dan balik dari sekolah.
Sikap ayahnya itulah yang membuatkan dirinya berjaya sampai hari ini ...
Namun setelah diberikan penjelasan akhirnya
7:47 PM | Labels: berita | 0 Comments
Pertandingan teh tarik dan cucur kodok.. semuanya bermutu tinggi..
Demikianlah ceritanya pertandingan teh tarik dan cucuk kodok sempena khemah ibadat surau Kampung Guar Kepayang yang diadakan bermula 21hb, November 2013 lalu dengan bacaan Yassin Perdana.
Malam ke dua tayangan video cara-cara mengerjakan Haji dan Umrah manakala di hari terakhir pada 24hb, November 2013 gotong royong bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Dua serta Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Pertandingan cucur kodok dimenangi oleh Puan Mardiah manakala tempat ke dua jatuh kepada Mak Dak Rodiah. Untuk pengetahuan semua kedua duanya adalah pakar memasakan dan merupakan aset bagi kampung ini.
Bagi pertandingan teh tarik juga tidak kurang hebatnya apabila ada yang menarik tinggi sampai tertumpah.
Bila tumpah pasti markahnya di tolak oleh trio pengadil yang cekap minum iaitu Saudara Hafiz, Nazri dan Ismail.
Tempat pertama dimenangi oleh si penjual burger... siapa lagi Anas Mohamad lah..!! tempat ke dua dan ke tiga disapu oleh pasangan adik beradik Nazrul Nizam dan Mohd Akmal....Nak tahu siapa mereka ni..keduanya adalah anak tuake kedai makan di simpang jalan masuk Kampung Guar Kepayang, saudara Yaacob..
Selepas ini kalau ada pertandingan sedemikian lagi, pasti membuatkan orang berfikir 100 kali kerana terpaksa berentap dengan juara bertahan.
8:19 PM | Labels: berita | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)