Dr Azarudin mahu jadikan Kampung Guar Kepayang sebagai kampung angkat Sifir Jari

"Saya akan jadikan Kampung Guar Kepayang sebagai kampung angkat saya mulai hari ini, " itulah tekad pakar Sifir Jari, Dr Azarudin Haji Baki yang berasal dari Kerdau, Pahang Darul Makmur.
 
Beliau begitu teruja untuk memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak kampung ekoran sambutan yang diberikan oleh masyarakat kampung terhadap pembelajaran yang diberikan.
 
Pertambahan pelajar daripada sessi pertama sekaligus membuka mata ibubapa yang mahukan minda anak mereka terbuka walaupun ada antaranya masih 'blur' apa itu Sifir Jari.
 
Untuk pengetahuan semua masyarakat kampung ataupun sekitarnya program khas Sifir Jari dan motivasi bagaimana menjadikan insan berjaya akan diadakan pada 2hb, Februari 2014.
 
Kemungkinan tarikh akan berubah ke 9hb, Februari 2014 sebab tarikh cadangan awal ada kenduri di rumah Saudara Khalid Othman yang berhampiran dengan surau iaitu lokasi program.
 
Beliau berjanji akan membawa rakanya yang berjaya dalam kehidupan seperti Jurutera, Doktor, Peguam, Guru dan seumpamanya untuk bersama duduk dengan orang kampung berbicara bagaimana mahukan anak anak dengar cakap, berinovasi dan cergas minda.
 
Baru baru ini Dr Azarudin mahukan pelajar membawa dua botol kaca kosong yang dibasuh bersih ke program yang bakal diadakan kelak.  Kemudian dipecahkan dan pelajar sendiri akan berjalan atas kaca yang dipecahkan tadi.
 
Apa yang akan terjadi marilah kita saksikan bersama pada hari tersebut dan kepada mereka yang belum mendaftarkan diri sebagai 'Ahli Kelab Sifir Jari' boleh berbuat demikian agar setiap program yang akan menyusul As Sohwah Life akan memberikan pemotongan istimewa terhadap setiap pembayaran masuk.
 
 


0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger