Surau Kg Guar Kepayang.melahirkan Hafiz dan Hafizah muda yang berbakat.

Semalam 31hb, Disember 2009 di mana ramai generasi muda berpekik melolong atau berdansa mendengar hiburan yang mengkhayalkan di tepi pantai, padang awam atau di mana sahaja sementara menanti percikan bungapi tanda sambutan Tahun Baru 2010 kanak-kanak bakal menjadi remaja suatu hari nanti diraikan dalam majlis penuh dengan keberkatan demi melahirkan bakal-bakal Hafiz dan Hafizah suatu hari kelak.

Hasil usaha yang dilaksanakan oleh surau untuk menyekat gejala yang tidak bermoral bermula di alam kanak-kanak wajar diberikan perhatian oleh semua ibubapa ekoran alam globalisasi kini memerlukan sentuhan jiwa jika tidak generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan akan hancur bahkan negara yang dipimpin turut haru hara, tidak ketahuan serta menempah bala Allah s.w.t.

Jadi untuk menghindarkan bala Allah s.w.t maka surau Kg Guar Kepayang cuba menganjurkan kelas Tahfiz yang dikendalikan oleh tiga tenaga pengajar yang konsisten walaupun bukan menadapat bayaran yang lumayan.

Ketiga-tiga tenaga pengajar seperti Ustaz Mahmud Shakir Abdullah iaitu anak ke tiga Allahyarham Ustaz Abdullah Yaacob dari Pokok Tampang, Ustaz Kamal Mohamad yang juga berasal dari Pokok Tampang tapi kini menyewa di Pokok Sena manakala seorang lagi Ustaz Mohd Khairi Abu Hasan iaitu menantu kepada Pengerusi Surau sendiri, Cikgu Saad Haji Ahmad.

Dibawah ini disertakan detik-detik bersejarah tersebut.


Mohd Izzat sedang asyik mengalunkan bacaan,, tengok sampai pejam mata.  Itulah yang dikatakan menghayati bacaan. Tapi yang syoknya kawan sebelah dok tengok apa pula tu..!!


Ni...!! lagi seorang bakal hafiz di Kg Guar Kepayang.. Asri anak Sayuti kedai runcit yang tinggal di utara Guar Kepayang dia juga cucu imam Masjid Tuan Samad Permatang Sungai Dua, Allahyarham Haji Abdul Ghafar.


Afifah dan Anis Amira tidak ketinggalan nak jafi Hafizah juga suatu hari nanti...


Barisan Hafizah sedang menanti penyampaian sijil.. Hai seronoknya nak dapat sijil tanda habis belajar..!!



Bendahari surau, Mursyid Saleh sibuk mengatur sijil agar tidak kalut bila nama dipanggil sambil diperhatian oleh Pengerusi surau, Saad Haji Ahmad.

Adik Mohamad sedang menerima sijil penghargaan daripada Ustaz Mahmud Shakir Abdullah.
 Ha.!!. seronoknya hati..


Puhh.. La Makkk. Tu dia muka-muka bakal hafiz di Kg Guar Kepayang masa depan.. Jangan berebut nak jadi imam sudahhh...


Yang ni pula bakal Hafizah di Kg Guar Kepayang....pula.  Semuanya cantik-cantik belaka..


Hai..!! salam tak salam... salam tak salam..Imam Surau Kg Guar Kepayang, Haji Saad Arshad menyampaikan saguhati pada Ustaz Kamal iaitu salah seorang tenaga pengajar yang konsisten

Surau Guar Kepayang anjur kelas Tahfiz

Boleh di katakan pelajar sekolah samada yang tinggal di asrama atau sekolah rendah atau menengah sekitar Kampung Guar Kepayang didedahkan dengan pembelajaran Tahfiz.

Kelas tersebut sebenarnya telah bermula pada cuti akhir tahun lalu di  mana seramai 26 orang pelajar lelaki telah selesai menghafal ayat-ayat lazim.

Kalau nak jadikan mereka imam bagi surau ia merupakan perkara 'enteng' tambahan lagi mereka bukan sahaja diajari tentang teknik hafalan malahan budi pekerti yang mulia yang seharusnya ada pada setiap orang muslim.

Langkah yang dilaksanakan oleh pihak surau sememangnya harus dipuji oleh banyak pihak kerana mempunyai sasaran yang positif dan bermatlamat tinggi selain daripada menyemai pelapis imam-imam kecil bagi menggantikan imam-imam sekarang yang sering uzur.

Pada penghujung pembelajaran tahun lalu seperti biasa 'sijil' diberikan kepada pelajar terbabit sebagai penghargaan yang tiada ternilai.

Jika hendak 'test' pelajar itu bila-bila masa pun boleh sebab hafalan mengajar mereka untuk terus menghayati surah-surah Al-Quran tambahan lagi ada setengah antaranya terus menjadikan Tahfiz sebagai bidang persekolahan di Lanai, Baling atau kata lain belajar Tahfiz.100 %.

Tentu ibubapa merasa sejuk hati anak-anak mereka dapat menghafal walaupun surah lazim kerana jarang anak-anak sekolah boleh buat demikian kecuali lahir kesedaran di kalangan ibubapa mereka sendiri.

Macam tahun lalu tahun 2009 ini pun kelas seumpama itu diwujudkan oleh surau demi melihat kecemerlangan bukan sahaja di bidang akademik bahkan di bidang agama sebab bidang agama sebenarnya penyelamat umat bila berada di alam akhirat kelak.

Seramai 30 orang pelajar telah menyertai kelas berkenaan bagi tahun 2009 tetapi kali ini terbuka kepada pelajar perempuan sama berbanding tahun sebelumnya.

Kini, semuanya akan berakhir pada hari Khamis 31hb, Disember 2009 apabila semua pelajar itu akan diberikan sijil penghargaan bertempat di surau Guar Kepayang selepas Insya.

Apa pun semua pihak kena berterima kasih pada tenaga pengajar yang telah mencurahkan bagaimana menjadikan Al-Quran terpahat dalam jiwa, kekal dan boleh menterjemahan maruah diri yang tinggi.

Sekali lagi ucapan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan program bernilai itu semoga di tahun depan majlis yang bermanafaat itu di perlebarkan kepada pelajar luar kampung agar nampak lebih terbuka dan efesyen tidaklah nampak seolah 'tertutup' sahaja.

Salasiah Mat Rejab atau ibu kepada Man Kak Long meninggal dunia.

Ajal maut di tangan tuhan siapa pun tidak boleh menafkanya.  Begitulah yang dihadapi oleh Allahyarhamah Salasiah Mat Rejab atau lebih dikenali sebagai Kak Long di kalangan penduduk Kampung Guar Kepayang.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 8hb, Disember 2009  jam 8.30 pagi akibat sakit kencing manis.

Allahyarhamah adalah ibu kepada Othman atau lebih masyur dengan nama Man Kak Long atau Mak Jang Jah iaitu balu Allahyarham Pak Jang Rashid seorang bekas tentera yang berpengkalan di Matang Kuching, Butterworth.

Cucunya Mohd Rizal yang kini bekerja di sebuah syarikat swasta pernah diiktirafkan sebagai 'Pemuda Berdaya Saing' sewaktu Pakatan Pemuda Kg Guar Kepayang aktif sekitar 10 tahun lalu.  Manakala abangnya, Mohd Liza seorang guru yang juga peniaga mee udang di Sungai Dua bersama isterinya.

Semoga roh Kak Long akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang solehah.  Amin.

Sembahyag Sunat Aidil Adha di Dataran Guar Kepayang.

Oleh : Tuba

Seperti biasa masyarakat Kampung Guar Kepayang keluar ramai-ramai ke Dataran Wakaf di hadapan surau untuk bersama-sama menunaikan Sembaynang Sunat Aidil Adha. Ada juga orang kata kenapa suka buat sembahyang di luar surau tidak dalam surau kerana tidak panas ada kipas angin. 

Sebenarnya tujuan utama diadakan sembahyang di lapangan sebab untuk membuktikan ketabahan, kesabaran umat Islam menghadapi rintangan yang panasnya tidaklah sepanas di Padang Mahsar nanti.

Cuma panas di kepala dan badan sahaja tidak mengapa sebab lepas itu boleh duduk bawah bumbung ruang legar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) atau bertungkus lumus bekerja membantu memotong daging lembu korban untuk dibahagi-bahagikan kepada semua masyarakat Islam terutamanya yang daif.

Tahun ini Abang Rahim Abdul Rahman yang menjadi tujang program korban saban tahun menghadkan tiga ekor lembu sahaja.

Dua ekor dilaksanakan selepas sembahyang Sunat Aidil Adha manakala seekor lagi selepas Jumaat nanti maklumlah hari ini merupakan Hari Jumaat nanti takut pula tidak sempat ke masjid sembahyang Fardhu Jumaat.

Kesemua lembu korban disembelih oleh Imam Surau Guar Kepayang, Haji Saad Arshad.

Krew maiguarkepayang terutamanya Pa Cik sedang merakam gambar-gambar menarik untuk siaran nanti dan akan dipaparkan bila semuanya selesai.

Masjid Tuan Samad, Permatang Sungai Dua terima dua jenazah..

Hari ini 26hb, November 2009 Masjid Tuan Samad, Permatang Sungai Dua menerima dua jenazah serentak.

Di Kampung Guar Kepayang jenazah Allahyarhamah Hajjah Che Wa Haji Ahmad kembali kerahmatullah sekitar jam 8.00 malam akibat sakit tua. Manakala di Permatang Sungai Dua taukeh kedai, Allahyarham, Haji Ismail Bakar meninggal jam 2.00 pagi kerana sakit penat.

Siapa yang tidak kenal dengan Tok Cik Che Wa ibu mertua kepada Pak Dak Mahmud yang selalu berniaga samada rambutan, durian dan lain-lain lagi.  Antara anaknya lagi ialah Pak Jang Latif yang bertugas
di Lembagai Pertubuhan Peladang (LPP) Pokok Sena dan Pak Lang Abdullah yang kini agak uzur.

Allahyarham Haji Ismail pula ialah Bendahari Masjid Tuan Samad sehingga kini.  Sebenarnya ramai yang terkejut bila mendapat tahu kematianya kerana kelmarin sahaja beliau masih berniaga dan bergurau dengan pelanggan di kedai miliknya.

Kedua-dua jenazah mereka dikebumikan hanya perbezaan satu jam sahaja.  Allahyarhamah Hajjah Che Wa pada pukul 11.00 pagi dan Allahyarham Haji Ismail pada jam 12.00 tengahari.

Apa pun sebagai manusia seagama dengan mereka marilah kita berdoa agar roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang solihin.

Perkenalkan produk ekonomi Guar Kepayang

Krew maiguarkepayang akan memaparkan berbagai produk ekonomi penduduk Kampung Guar  Kepayang sekarang maklumlah rata-rata telah 'celik bissnes' lebih-lebih lagi suri rumah mereka juga tidak melepaskan peluang berniaga di hadapan rumah.

Ketara lagi di Guar Kepayang sebelah utara di mana ada yang menjual burger, laksa dan makanan ringan kepada kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang meronda ke kampung ini.

Makananya sedap sedap belaka dan jika tidak percaya datanglah ke sini tentu anda akan menikmati kepuasan yang dicari.

Di persimpangan jalan masuk saja sudah membuktikan orang kampung ini ada yang berbakat besar dalam perniagaan seperti membuka gerai makanan, burger dan bengkel motosikal.

Yaabob atau lebih dikenali dengan 'Kob' menantu Mak Long Piah telah lama membuka perniagaan minuman, mee dan dengar kata ada menu terbaru iaitu nasi daging yang dibuat sendiri oleh isterinya.

Di hadapan kedai 'Kob' terbina tong burger kepunyaan Anas cucu Long Limah.  Dia merupakan generasi muda yang tidak duduk diam kerana tengahari berniaga ais kacang di kedai Kob, malam burger dan jika musim menuai dia sibuk pula menjadi broker mesin padi.

Maka, tidak hairan ia mendapat bantuan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) beberapa bulan lalu seperti kerusi, meja dan payung.

Sementara itu, di sebelah tong burger Anas terbina bengkel motosikal kepunyaan Jan anak Abang Bakar Bidon yang tinggal di hujung kampung di selatan Guar Kepayang.

Perniagaan mereka nampak laris.  Apa tidaknya ramai 'mat motor' berhimpun di situ untuk memperbaiki mana yang tidak laju atau sekadar menukar minyak hitam.

Di dalam kampung pula ada yang jalankan perniagaan kedai minuman seperti Sirozi di hadapan Sekolah Agama Rakyat (SAR), Tarbiyatul Bani Nawal Banat, tanaman dalam polly bag antaranya menantu Zainol Abidin Hasan atau lebih senang di panggil Pak Non yang juga menantu Pang Jang Man yang sering dilihat mengayuh basikal tua.

Begitu juga cucu menantu Pak Cik Mat iaitu tukang masak senior di kampung ini yang tinggal di utara Guar Kepayang.  Siapa pun tidak tahan dengan remasan daging perut bercampur dengan taugeh atau masakan masamah yang enak berbanding di tempat lain bila kenduri kendara.

Ada juga yang membuka bengkel besi seperti Mahmud anak peniaga ikan Mutalib Abdul Hamid,  Dia dah lama berniaga begitu dan kini makin maju.

Anak muda Azman Shaari pengasas mee sanggol juga adalah pengusaha terbaru yang wujud
di kampung ini.  Perniagaanya makin maju dan mula mendapat tempat di hati pengguna sejak memasuki rancangan TV bersama anak lelaki Chef Wan.dalam rancangan berorentasikan masakan.

Untuk lebih mendalam, Insya Allah Krew maiguarkepayang akan memaparkan sejarah awal bagaimana boleh merea terjun di bidang berkenaan. Bermula dari siapa sama-sama kta tungguuuuu untuk terjah.

Kematian Mak Lang Aishah isteri Ismail Abdullah.

Walaupun Allahyarhamah Mak Lang Aishah bukan warga Kampung Guar Kepayang namun ramai kaum kerabat Ismail Abdullah atau lebih mesra dipanggil 'Pak Lang Ei' terasa sedih dengan pemergianya kelmarin setelah dimasukan ke wad di Hospital Kepala Batas selepas pengsan di rumah anak perempuanya Zainab yang tinggal di Pongsu Seribu.

Menurut Ismail, isterinya memang sakit dan sering keluar masuk hospital ekoran berpenyakit penat dan kadang-kadang terpaksa berangkat ke hospital pada sebelah tengah malah kerana tidak tahan melihat penderitaan penyakitnya.

Sebelum ini Allahyarhamah tinggal sementara di rumah adiknya, Mak Dah Rodiah yang terkenal dengan jurumasak kuah mee dan nasi daging sedap di selatan Kampung Guar Kepayang.  Allahyarhamah nampak sihat sahaja tetapi apakah daya masanya telah tiba siapa pun tidak boleh menghalangnya..

Hari ini Selasa 27hb, Oktober 2009 jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Tuan Samad Permatang Sungai Dua jam 10.30 pagi.

Bagi pihak Ismail, beliau mengucapkan jutaan terima kasih pada semua jemaah dan orang ramai yang telah membantu menyemadikan serta datang menziarahi janazah isterinya.  

Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan orang beriman dan beramal soleh.
Amin.....

Antara aset yang ada pada Kampung Guar Kepayang

       


        
                                     



 Oleh: Tuba

 Bercakap fasal usahawan atau koperasi, Kampung Guar Kepayang antara pengerak awal ke arah itu apabila projek traktor hasil usaha Penghulu, Allahyarham Haji Hasan Haji Samad serta bantuan oleh
Allahyarham Haji Ahmad Haji Awang dipekenalkan

Projek yang dilaksanakan di awal tahun 1960 an itu dikendalikan oleh Allahyarham Haji Abdul Aziz Mustaffa..  Waktu itu ada dua buah yang berpengkalan di hadapan surau dekat rumah pengawal kampung, di bawah rimbunan pokok keriang, hutan mengkuang dan bersebelahan taliair atau orang kampung panggil 'ban'.

Ada tiga orang drebar yang berjasa iaitu Haji Husin Abdul Rashid, Haji Sadi Hashim dan Allahyarham Haji Abdul Aziz sendiri.  Mereka mengerjakan sawah sekitar kampung sehingga ke Permatang Kerai semuanya hampir 100 relong.  

Menurut Haji Said, bukan itu sahaja malahan ketiga-tiganya pernah bertugas sehingga ke Sedim, Tualang di Kedah, Sungai Petai, Perak.dan Batu Maung, Pulau Pinang.

Semua drebar tinggal di situ sehingga selesai kerja baru semuanya balik ke kampung sambil membawa upah yang dibahagikan di samping lebihan kos minyak dan baikinya barulah dimasukan ke dalam tabung koperasi.

 Pada mulanya tambah beliau, ramai penduduk mengambil langkah drastik menyertainya tetapi bila ada seorang dua yang 'cucuk' sana sini maka ramai pula yang melangkah keluar.  Yang tinggal beberapa kerat sahaja sehinggalah keputusan diambil untuk menjual traktor berkenaan.

 Itu kisah dulu, sekarang ini atas rasa inisiatif beberapa individu seperti Haji Bakar Mohamad, Mutalib Hamid dan dua tiga orang lagi akhirnya traktor kembali wujud di kampung ini,  Dua buab traktor dibeli pada awal tahun 2000 lalu.

Ianya tidaklah bekerja macam dulu sampai jauh meninggalkan kampung cuma puluhan petak sawah sahaja kerana ada di kalangan penduduk yang mempunyai traktor atau kobota sendiri.

Walaupun drebarnya salih berganti pada mulanya Abdul Halim Hamid, Firdaus Arshad, Mohamad Rafat, Tarmizi Ahmad dan sekarang bendaharinya sendiri, Mutalib Abdul Hamid terpaksa pula mengalas tanggungjawab setelah tiada siapa sanggup melaksanakan amanah tersebut.di musim ini.

 Apa pun semua orang kena 'tabik' pada Mohamad Abdul Rahaman kerana dari mula traktor ini dibeli beliau merupakan drebar berhati jitu sanggup bersusah payah kadang-kadang membaiki sendiri atau terpaksa berlumpur hingga ke kepala bila traktor itu 'lekat' dalam petak sawah yang dalam.




Sekitar Jamuan Aidil Fitri PASTI Nurul Iman Kg Guar Kepayang










Alahai.... tanpa diduga orang begitu ramai hadir ke sambutan Aidil Fitri anjuran Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nurul Iman, Kg Guar Kepayang.  Walaupun pada 20hb, Oktober 2009 bukan lagi bulan Syawal tapi tak jadi soal yang penting usahasama tetap utuh demi kesinambungan ukhwah.

Mulanya penganjur kecut perut juga dibuatnya bilamana turun dari surau tak sangka ibubapa pelajar PASTI dan orang kampung datang untuk meraikan majlis berkenaan.

Tapi semuanya syukur kerana sangkaan makanan tidak mengcukupi tidak mengena sebaliknya berlebihan. Tak mengapa lepas itu kita bungkus dan dibahagikan pada mereka yang mahu untuk dibawa pulang.

Saat paling penting iaitu Pelancaran Blog Kampung Guar Kepayang juga selamat dilancarkan oleh Pengerusi Surau, Cikgu Saad Haji Ahmad disaksikan bersama oleh Adun Permatang Pasir, YB Ust Saleh Man dan Pengerusi Sekolah Agama Tarbiyatul Bani Nawal Banat, Ust Saleh Zainudin.

Maka, lepas ini tentulah tugasan kami krew yang terdiri daripada Tuba, Pacik, M.D Ris, Ejat dan Dzun sebagai jurugambar rasmi blog akan bertungkus lumus membawa pembaharuan terhadap kampung ini
ke arena global selari dengan alam maya era Teknologi Maklumat (ICT).

Insya Allah krew maiguarkepayang akan memastikan blog ini terus aktif dari masa ke semasa sebagai bahan renungan dan bacaan penduduk kampung mahupun mereka yang berada di luar kerana kerja atau berhijrah..

Rasmiya blog 'maiguarkepayang.blogspot.com'


Kini semuanya telah selesai.  Itulah antara yang diperkatakan oleh Pengerusi Surau Kg Guar Kepayang, Saad Haji Ahmad pada Adun Permatang Pasir, Ust Saleh Man dan Pengerusi Sekolah Agama Tarbiyatul Bani Nawal Banat, Ust Saleh Zainudin,

Program perasmian itu dilakukan sempena sambutan Aidil Fitri anjuran Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)
Nurul Iman pada hari Selasa 20hb, Oktober 2009 lalu.

Kunjungan orang yang begitu ramai sungguh mengembirakan pihaka penganjur dan Insya Allah akan mengadakan lagi majlis yang sama pada tahun hadapan.

SUATU HARI DI HARI RAYA

Salam...bulan Syawal menghampiri penghujung, bagi mereka yang belum melengkapkan 'puasa enam', peluang untuk melengkapkan amalan yang disunnahkan oleh Rasulullah dengan ganjaran pahala seperti puasa setahun (selepas melengkapkan puasa Ramadhan), anda masih berpeluang dalam tempoh sehari dua ini.

Sementara itu mari kita saksikan kembali detik-detik di pagi 1 Syawal apabila penduduk Guar Kepayang menghadirkan diri beramai-ramai di dataran surau bagi sama-sama menunaikan Solat Aidilfitri. Semoga amalan puasa Ramadhan kita untuk tahun ini diberkati oleh Allah SWT.





SEJARAH KAMPUNG GUAR KEPAYANG, KEPALA BATAS

Pak Ngah Ad ataupun Hj.Saad adalah diantara orang
lama dan berpengalaman di dlm Kg.Guar Kepayang.Foto ini
dirakam ketika beliau ditemuramah oleh Blogger di rumahnya.






Kampung Guar Kepayang, Kepala Batas, Seberang Perai merupakan saudara kembar pada Guar Kepayang, Pendang, Kedah kerana banyak fakta dan cerita orang veteran semasa di wawancara mengiakanya.
Kedatangan pengasas kampung yang dulunya dikenali sebagai kampung 'tahi' di kalangan orang luar ekoran keadaanya yang terlalu becak berpunca dari lari daripada terlibat dengan perang 'musuh bisik' antara Kedah dan Thailand yang ketika itu dikenali sebagai 'Siam'.
Perpindahan dengan dada yang penuh ilmu agama akhirnya membawa seribu keberkatan bagi kampung ini apabila ramai orang luar terpaksa menjadikan jalan becak sebagai titian menjejaki ilmu Islam daripada beberapa orang pengasas.
Nama seperti Allahyarham Pak Lang Mohamad yang mempunyai tiga anak iaitu Wa Tapa, Pak Cik Nordin dan Mak Dak Tam adalah tokoh yang disegani kerana mempunyai ilmu agama yang tinggi.
Ramai yang datang mempelajari ilmu daripadanya sehingga melahirkan ramai lagi pengajar agama serta pembukaan sekolah agama terawal berbanding kawasan sekitar. Di Permatang Sungai Dua hanya ada pondok iaitu berdekatan masjid dan bersebelahan rumah Ustaz Moin.
Dulunya laluan utama ialah di Jalan Kampung Tok Oh kerana jalan sekarang terlalu kecil tetapi bila mambangunya surau dan Sekolah Arab barulah jalan utama sekarang dibina.
Selain Pak Lang Mohamad, Haji Salleh, Tok Min dan beberapa tokoh lagi adalah penyumbang utama pembangunan kawasan yang subuh dengan kegiatan bercucuk tanam.
Untuk makluman generasi muda, dulunya kampung ini turut didiami oleh tiga keluarga berbangsa tionghua iaitu di jalan Kampung Tok Oh, tapak rumah Allaahyarham Yaacob dan berdekatan rumah Allahyarham Pak Lang Daud.
Semuanya, menjalankan perniagaan mengisar padi. Orang melayu ramai pergi mengisar padi
di situ untuk dijadikan beras sebagai bahan keperluan asasi.
Sekolah Arab Tarbiyatul Bani Nawal Banat dibuka oleh tokoh, Haji Saad yang berasal dari Guar Perahu pada tahun 1944 setelah berkahwin dengan anak Mak Dak Tam.
Ramai tokoh seperti bekas Imam Masjid Permatang Sungai Dua, Pak Su Haji Ahmad, petugas di Radio Televisyen Malaysia (RTM) , Osman Fauzi, Hasan Tok Mail dan lainya antara pelajar mula di sini.
Sekalung penghargaan seharunya diberikan kepada dua tenaga pengajar yang bertungkus lumus iaitu Ustaz Haji Saad dan Ahmad Nisan dari Permatang Tok Gelam. Hasil didikan itu Sekolah Arab sering mendapat pujian kerana sering mengadakan 'Majlis Istifal' untuk mengcugkil bakal pelajar serta membuktikan pada masyarakat betapa pentingnya pendidikan agama untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar.
Pengorbanan yang ditaburkan, hasilnya kini Kampung Guar Kepayang membangun dengan baik dari segi pembangunan pertanian, kerja gotong royong, pengajian agama serta berjaya mengadakan kelompok traktor hasil penerangan kesedaran oleh seorang tokoh Penghulu berkarisma, Allahyarham Haji Hasan Haji Samad.
Sampai kini Kampung Guar Kapayang terus maju dengan infrastruktur baru yang lebih baik sesuai dengan peredaran zaman.
Rumah dulunya hanya 50 buah kini menjangkau 160 buah rumah dengan isi keluarga yang ramai tetap bersatu padu melalui semangat gotong royong umpamanya kenduri kendara, kematian serta lainya.
Keeratan antara satu sama lain membuktikan perkampungan yang dulunya digelar 'Kampung Tahi' kini ternyata menempa kemajuan demi kemajuan walaupun kadang kala kemajuan yang dikecapi tersisih ekoran mainan politik yang tidak bertanggungjawab.
Sesiapa yang pernah menjejaki kaki ke Kampung Guar Kepayang di awal 80 an pastinya terasa kelainan kini setelah berlaku pertambahan dan pembesaran rumah penduduk yang dulunya bekerja di sawah.
Bukan itu sahaja bahkan berlaku kelainan apabila perubahan sistem pendidikan serta infrastruktur pembangunan asasi.

ABANG LI DITIMPA MUSIBAH

Krew 'Maiguarkepayang.blogspot.com' berharap keluarga Ramli Saad atau lebih dikenali sebagai Abang Li' yang tinggal beberapa meter daripada surau Guar Kepayang kerana mengalami musibah penyakit jantung dan terpaksa dipotong kedua-dua belah kakinya ekoran tidak berfungi dengan baik setelah menjalani pembedahan jantung baru-baru ini.

Semalam kakinya yang berwarna biru kehitaman dipotong dan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Permatang Sungai Dua.

Petang kelmarin juga ramai rakan taulanya dari Kampung Guar Kepayang pergi meniarahi di Hospital Besar Pulau Pinang.

JEMPUTAN KE PROGRAM JAMUAN AIDIL FITRI PASTI NURUL IMAN


Semua rakyat Kampung Guar Kepayang, Kepala Batas di jemput menghadiri Jamuan Aidil Fitri anjuran PASTI Nurul Iman pada 20hb, Oktober ini bertempat di ruang legar PASTI jam 8.30 malam.

Walaupun ia dibuat pada 1 Zulkaedah tapi jangan bimbang ia tidak berdosa sebab boleh makan macam biasa.

Kami terpaksa tunda tarikh sebenar pada 17hb, Oktober 2009 sebab tetamu khas, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Permatang Pasir, YB Ustaz Saleh Man tidak dapat hadir kerana ada urusan lain di Johor dan Melaka.

Insya Allah pada mesyuarat PASTI yang diadakan baru-baru ini telah menetapkan beberapa juadah itupun tertakluk pada keadaan ekonomi semasa hasil kutipan dari berbagai cabang termasuk sumbangan dari rakyat Guar Kepayang sendiri.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan kewangan bolehlah serahkan pada guru PASTI yang ada di bilik kelas pada hari persekolahan.

Hari itu kami dari 'maiguarkepayang.blogspot.com' juga berhasrat melancarkan blog ini buat pertama kalinya yang akan di rasmikan oleh Pengerusi Surau Guar Kepayang, Cikgu Saad Haji Ahmad dengan disaksikan oleh Adun berkenaan.

Lepas itu nanti, semua warga Guar Kepayang yang berminat menulis ke blog ini bolehlah menghubungi kami supaya orang kampung yang berhijrah ke negeri lain dapat menatap warkah yang terlaku di kampung kesayangan mereka.

Diharap pelancaran ini menjadi kenyataan sebab kami sudah pecahkan tugasan seperti Cikgu Deris akan menjagai ruang 'tip pendidikan', Ejat ruangan 'pengenalan kampung', Tuba ruang 'personaliti yang bertanggungawab memajukan kampung', Pacik bahagian 'ehwal semasa' manakala Dzul pula ditugaskan sebagai jurugambar rasmi untuk blog ini.

KES KECURIAN KABEL TALIPON DI JALAN MASUK KAMPUNG


Apa punya turr.....nya penyenayah atau pencuri kabel talipon sampai wayar di jalan masuk ke Kampung Guar Kepayang, Kepala Batas yang terang benderang pun boleh di curi oleh si pengkhianat yang tidak punya hati perut.


Ramai penduduk terkejut bila talian talipon tiba-tiba tidak beroperasi bermula sebelah pagi. Ada yang marah pada talikom. Tak pasal-pasal Talikom kena balun.

Dengar kata si pencuri buat kerja pada jam 3-4 pagi waktu tu hujan lebat tentunya orang kampung tidur lena.


Sampai Pak Teh Hasan yang tinggal di permulaan masuk ke Kampung pun tak sedar adanya kecurian kabel talipon.

Tapi semuanya selesai kelmarin apabila Talekom telah memperbaikinya. Tapi lain kali penduduk kampung kena lebih berjaga-jaga untuk menangkap si pencuri barulah tahu siapa dia samada orang dalam atau luaran.

Di mana Kami?


View Larger Map

'Eid Mubarak



Taqabballaahu Minna Wa Minkum.

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger