Program kuliah pemuda yang diadakan di Sekolah Tarbiyatul Bani Nawal Banat, Kg Guar Kepayang pada 4hb, Julai 2010

'Banyak surau dihuni oleh golongan yang dipanggil 'Bac Ho' yang muda tidak datang kerana banyak urusan' itulah antara kata-kata ingatan oleh pendakwah bebas, Ustaz Wan Hizam Abdullah yang dijemput khas dari Pinang Tunggal, Kedah untuk kuliah kepada pemuda Guar Kepayang.

Haa!!.. yang ni boleh dijadikan pemuda contoh sanggup mendukung anak kecil semata-mata mahu menambah ilmu di dada. Syabas Shamil...

Pak Teh Hassan, bekas Bendahari surau yang baru-baru ini kena serangan angin ahmar pun sudi datang dengan berkerusi roda.. Malu kepada mana-mana pemuda yang sihat walafiat tapi mengsia-siakan masa untuk mendengar kuliah yang disampaikan.

Tengok Ustaz muda, Mahzani yang baru balik bercuti dari Univesiti dari Mesir tekun mendengar celoteh Ustaz Wan Hizam.  Duduk di sebelah adiknya, Din macam nak lelap.  Tapi apa boleh buat Pak Long Dollah yang di belakang tu terus sandarkan kepala ke dinding mungkin mengantuk tengok bola Piala Dunia semalam yang menyaksikan Jerman membelasah Argentina 4-0 dan Sepanyol membenam impian Paraguay 1-0.

Kalau tak faham lagi teruk la.. Ustaz sampai muncung mulut bersuara menceritakan berbagai gejala sosial yang melanda remaja masa kini.

Selain pemuda dan warga emas yang hadir golongan muslimat juga tidak lepaskan peluang datang mendengar apa yang disampaikan.  Kelihatan dalam gambar ialah Mak Su Uda dan guru PASTI, Zaleha Hasan.

Kak Chik amboi... khusuk sungguh mendengar kuliah yang diherikan.  Jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri  cukup...

Yang ni nama macam dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P. Ramlee.  Nak ketawa malu cukup dengan tutup mulut dengan tangan dah...!!

Tersenyum simpul nampak Puan Rafidah isteri kepada Pengerusi Surau, Saad Haji Ahmad.  Tentu ada yang mencuit hati mereka semua.

Yang ni pula.. wajah terbaru Azmi Yaacob yang tetap setia mendengar kuliah berkenaan.

Ni pula Izal Shaari abang kepada Azman pengusaha 'Mee Desa' yang sedang meningkat naik sekarang.  Mee Desa dah jauh melangkah ke serata kedai maklumlah ia sedap...

 
Nampak ke tidak siapa yang datang boleh dikatakan 80 peratus warga emas.  Ke mana pula pemuda tak kan tidur lagi.  Dengar kata silap info tidak sampai ke sasaran akibat kesalahan teknik..

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger