Shirazi Othman setia berniaga sejak tahun 1999.

Siapa tidak kenal Shirazi Othman seorang peniaga kedai makanan dan minuman berdekatan Dataran Wakaf, Kampung Guar Kepayang.  Sikapnya yang mesra pelanggan menjadikan kedai yang diusahakan dari tahun  
1999 kini menjadi lokasi orang kampung berdebat berbagai isu dan menghubungkan tali siratul rahim tidak kira pagi, tengahari, petang mahupun malam.


Beliau menjalankan perniagaan bersama isteri tercinta, Aniza Murniati Mohd Ariffin iaitu 'Mek Kelantan' berasal dari Kampung Gunung, Bachok, Kelantan. Dulu dia bekerja di salah sebuah Industri di Perai tetapi sekarang sepenuh masa di kedai tersebut.


Menurut Shirazi, pada peringkat mulanya beliau dan Allahyarham Zakaria Hamid atau lebih mesra dipanggil 'Pak Teh Kaya' mula berjinak berniaga di tepi kedai belakang  surau yang dijadikan Pejabat PAS Cawangan yang kini dibangunkan dengan bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nurul Iman beberapa tahun lalu.

Atas sokongan masyarakat setempat akhirnya perniagaan dimajukan dengan bantuan kewangan dari Abdul Rahim Abdul Rahman yang membeli pinggan, mangkuk, cawan sebagai tambahan serta beberapa peralatan lain.

Setelah bangunan kedai itu dirobohkan untuk projek pembinaan PASTI Nurul Iman dan ruang legar PASTI maka perniagaan dipindahkan berhadapan surau iaitu bersebelahan rumah Allahyarham Abdul Aziz Mustaffa.

Tetapi, setelah pihak surau mahu membina Sekolah Agama  Rakyat (SAR) sekali lagi kedainya diubah berhampiran jalan iaitu betul-betul hadapan surau manakala rumah Allahyarham Haji Abdul Aziz pula berpindah ke Kampung Aman ekoran mereka tinggal atas tanah wakaf.

Kini, perniagaanya terus maju di tapak baru iaitu sebelah kiri surau berhadapan dengan SAR.  Selain mendapat pelanggan dari pelajar SAR orang luar juga menjadikan lokasi kedainya tempat beristirehat untuk bersembang.


0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger