Pesta Sukan PASTI Peringkat Negeri Pulau Pinang di Stadium Bertam, Kepala Batas
9:03 AM | Labels: berita | 0 Comments
Majlis perpisahan Pengerusi PASTI Nurul Iman, Kampung Guar Kepayang dan jamuan meraikan kemenangan pasukan bola sepak dan bola jaring yang menang termpat pertama pada kejohanan Bola sepak PASTI Tasek Gelugor baru-baru ini
Ini saja yang kami berikan tanda ingatan.
Pasukan Bola sepak PASTI Nurul Iman terus mantap menang buat kali ke dua berturut-turut kejohanan bola sepak PASTI Tasek Gelugor bergambar dengan ibubapa dan guru yang bertungkus lumus memastikan kecergasan pemain terpelihara untuk mewakili Tasek Gelugor pada ke johanan Bola sepak dan Bola Jaring Periingkat Negeri di Mini Stadium Bertam pada 17hb, April 2011 nanti
Pasukan bola jaring PASTI Nurul Iman juga hebat kerana turut menjadi johan katogari itu pada kejohanan yang diadakan di Padang Bola-Bola Mak Mandin, Butterworth dua minggu lepas.
8:58 PM | Labels: berita | 0 Comments
Sekitar Mesyuarat Agung Kampung Guar Kepayang pada 10hb, April 2011
9:14 AM | Labels: berita | 0 Comments
Lawatan PASTI ke Kedah "Seronok Oii'
Kunjungan pelajar PASTI Nurul Iman, Kg Guar Kepayang ke Kedah sungguh bagus bukan hanya meluaskan pandangan anak-anak tetapi juga memberikan mereka pengetahuan tentang beberapa perkara yang sebelum ini tidak diketahui.
Pada 3hb, April lalu sebuah bas di sewa khas untuk tujuan tersebut di mana ke empat empat guru diamanahkan menjagai pelajar di samping ibubapa yang turut serta membawa anak-anak mereka yang lain. Bersama dalam rombongan berkenaan ialah Ahli Jawatankuasa PASTI Nurul Iman iaitu Saudara Alias Ahmad dan Anuar Rejab.
Mereka di bawa melawat Muzium padi dan Pusat Sains Negara Wilayah Utara di Gunung Keriang. Lepas itu ke Masjid Zahir singgah sembahyang dan ke Muzium sambil beristirehat dan makan di situ. Maklumlah teduh dan selesa.
Rombongan tidak jadi ke Menara Alor Setar sebab ia tengah diubah suai terutamanya di bahagian lif begitu juga cadangan ke rumah rasmi Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak sebab sedang diubah suai ekoran kedatangan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pada bulan Jun nanti.
Tidak sah kalau setiap rombongan ke Kedah tidak singgah ke Pekan Rabu yang menjadi lokasi sinonim bagi setiap pelawat samada dalam atau luar negeri. Pekan Rabu sebuah pusat membeli belah di tengah-tengah bandar Alor Setar memang dari dulu menjadi sebutan kerana harga baranganya yang murah dan sikap peramah orangnya seperti di Pasar Siti Khatijah di Kelantan. Bukan saja ramah tamah bahkan 'comel-comel' belaka raut wajah si penjual yang calang-calang rebah si teruna di buatnya.
Walaupun hanya sehari perjalanan namun bagi pelajar ia satu nostalgia yang pastinya membawa sehingga mereka dewasa. Macam kita dulu se era umur 5, 6, 7 atau 10 tahun pasti masih teringat-ingat salah satu
peristiwa yang paling menarik. Apakan tidak waktu itu jika sebut nak pergi rombongan pasti malam sebelum bertolak tidak lena tidur di buatnya.
6:49 AM | Labels: berita | 0 Comments
Tips Pelajaran untuk pelajar
- Masa boleh diubahsuai mengikut kesesuaian.
Bil | Faktor Kebaikan | Frekuensi | Catatan |
1 | Berkesan | 15 | |
2 | Mudah faham | 10 | |
3 | Dapat mengingat | 5 | |
4 | Bantu membuat nota | 4 | |
5 | Bagus dan mamberangsangkan | 4 | |
6 | Baik | 3 | |
7 | Senang dilaksanakan | 2 | |
8 | Lebih memahami | 2 | |
9 | Lebih sistemetik | 2 | |
10 | Dapat berbincang/berinteraksi | 2 | |
11 | Tidak buang masa | 1 | |
12 | Sangat membantu | 1 | |
13 | Akan terus gunakan | 1 | |
14 | Dapat manafaat | 1 | |
15 | Efektif | 1 | |
16 | Dapat kenalpasti kelemahan diri | 1 | |
17 | Dapat tingkatkan pelajaran | 1 | |
18 | Banyak latihan | 1 |
6:13 AM | Labels: tips | 0 Comments