Lawatan PASTI ke Kedah "Seronok Oii'

Kunjungan pelajar PASTI Nurul Iman, Kg Guar Kepayang ke Kedah sungguh bagus bukan hanya meluaskan pandangan anak-anak tetapi juga memberikan mereka pengetahuan tentang beberapa perkara yang sebelum ini tidak diketahui.

Pada 3hb, April lalu sebuah bas di sewa khas untuk tujuan tersebut di mana ke empat empat guru diamanahkan menjagai pelajar di samping ibubapa yang turut serta membawa anak-anak mereka yang lain.  Bersama dalam rombongan berkenaan ialah Ahli Jawatankuasa PASTI Nurul Iman iaitu Saudara Alias Ahmad dan Anuar Rejab.

Mereka di bawa melawat Muzium padi dan Pusat Sains Negara Wilayah Utara di Gunung Keriang.  Lepas itu ke Masjid Zahir singgah sembahyang dan ke Muzium sambil beristirehat dan makan di situ.  Maklumlah teduh dan selesa.

Rombongan tidak jadi ke Menara Alor Setar sebab ia tengah diubah suai terutamanya di bahagian lif begitu juga cadangan ke rumah rasmi Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak sebab sedang diubah suai ekoran kedatangan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pada bulan Jun nanti.

Tidak sah kalau setiap rombongan ke Kedah tidak singgah ke Pekan Rabu yang menjadi lokasi sinonim bagi setiap pelawat samada dalam atau luar negeri.  Pekan Rabu sebuah pusat membeli belah di tengah-tengah bandar Alor Setar memang dari dulu menjadi sebutan kerana harga baranganya yang murah dan sikap peramah orangnya seperti di Pasar Siti Khatijah di Kelantan.  Bukan saja ramah tamah bahkan 'comel-comel' belaka raut wajah si penjual yang calang-calang rebah si teruna di buatnya.

Walaupun hanya sehari perjalanan namun bagi pelajar ia satu nostalgia yang pastinya membawa sehingga mereka dewasa.  Macam kita dulu se era umur 5, 6, 7 atau 10 tahun pasti masih teringat-ingat salah satu
peristiwa yang paling menarik. Apakan tidak waktu itu jika sebut nak pergi rombongan pasti malam sebelum bertolak tidak lena tidur di buatnya.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger