Sekitar Mesyuarat Agung Kampung Guar Kepayang pada 10hb, April 2011
Dee Jay pun boleh..pengerusikan mesyuarat kampung pun boleh.. itulah kelebihan yang ada pada diri Cikgu Idris. Bermula menjadi DJ Sukaneka kampung akhirnya terus memikul tugas itu dalam apa jua program yang mengeluarkan suara sehingga kini.
Ini pula wajah Abdullah Husein yang bertugas dengan syarikat percetakan akhbar di Perai dari dulu sampai sekarang masih beristiqamah dengan kerjayanya.
Ishak Syahid atau Pak Tam Aq asal dari Bagan Jermal, Butterworth kahwin dengan anak Pak Lang Harun menjadi hero pada mesyuarat kali ini banyak pandangan diluahkan. Antaranya mencadangkan kampung mengadakan kawalan keselamatan maklumlah sejak dua menjak ni banyak pula pencuri.
Renungan tajam salah seorang pemuda yang menjadi harapan kampung pada masa depan. Di bahu pemudalah sesebuah kampung itu boleh maju. Kalau pemudanya 'mandom' akan kakulah kampung dari sebarang aktiviti.
Pandangan dari golongan veteran jangan pandang ringan tambahan lagi dari seorang tokoh yang disanjung macam Ustaz Saleh Zainudin yang juga merupakan mantap Pengerusi Kampung Guar Kepayang suatu ketika dulu. Kini beliau memegang amanah sebagai Pengerusi Sek Tarbiyatul Bani Nawal Banat.
Sebagai Ahli Jawatankuasa Kampung yang baru sessi ini Shirazi Othman tidak lagi patut berada dalam gelap selepas ini. Beliau kena ke hadapan dalam apa jua situasi. Sesuai kerjayanya sebagai tuan kedai minuman di perkarangan Dataran Wakaf di hadapan surau senang mendapat isu untuk diketengahkan.
Pak Dak Sharif tiada lain asyik lelap. Asalkan fikiranya tidak melayang sudah...
Macam ni lah.. baru betul, segar sambil memberikan perhatian sepenuhnya pada semua arahan dan pertuturan oleh Pengerusi Kampung, Cikgu Saad Haji Ahmad.
Bekas Setiausaha Pakatan Pemuda Kampung Guar Kepayang, Saudara Zakri Mohd Yusoff tekun ke atau sedang berkhayal...!!!!
Walaupun duduk di barisan belakang sekali nampak gayanya warga Kampung Guar Kepayang begitu serius mendengar apa jua keputusan yang baik diperolehi hasil maufakat.
Suaranya sungguh merdu bila mengalunkan azan di surau. Orangnya juga segak.
Tersenyum lebar nampaknya Aziz ni. Pak Tam Ishak duduk tengok apa pula tu memjuling ke atas?
Apa ni... depa cakap apa aku tak dengar pun... Muka surat berapa tu Jan (Azizan) kata Zaidi Husin.
Teguran Osman baik sekali. Beliau meminta warga Kampung Guar Kepayang beri tumpuan atau hadir beramai-ramai ke surau ketika ada kuliah.
Suasana mesyuarat Agung Kampung Guar berjaya diadakan tanpa ada percakaran, perbezaan pendapat yang serius, tidak puas hati sampai baling bangku dan sebagainya, Syukur ia penuh dengan ikatan silaturahim yang baik.
9:14 AM
|
Labels:
berita
|
This entry was posted on 9:14 AM
and is filed under
berita
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment