Gotong royong menyambut Ramadhan 2011

Seperti biasa bila menjelang Ramadhan mana-mana surau ataupun masjid akan mengadakan gotong royong membersihkan mana yang patut di segenab pelusuk seperti di alang, tangga, dinding, kipas, lampu, kolah air sembahyang, pintu tingkap bahkan bilik air agar senantiasa wangi bila menjejakan kaki ke situ.

Tidak terkecuali masyarakat Guar Kepayang apabila menjelangnya Ramadhan maka berpusu-pusulah tidak kira tua, muda dan kanak-kanak menabur bakti untuk menyerlahkan lagi suasana Ramadan tahun ini.

Begitulah yang menjadi trend di surau ini sejak dulu beramai-ramai membuat kerja apa yang sepatutnya asalkan datang buat kerja.

Semoga kedatangan Ramadhan tahun ini meningkatkan lagi isi hati dan kesungguhan para warga Guar Kepayang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger