Kenduri berbuka puasa mendapat sambutan

Dulu ada 'More' kini dah tinggal kenangan.  Dulu orang bergelut nak buat more dengan memberi makan pada orang di surau selepas menunaikan Sunat Terawih tapi sekarang berbalik pada hakikatnya iaitu memberi makan pada orang untuk berbuka puasa.  Ianya lebih releven dan dihargai dalam Islam.

Saya terkenang lagi sewaktu tradisi More tengah top sekelumpuk antara 10 ke 15 keluarga akan kutip wang dan berbincang nak makan apa malam nanti maksud saya More.  Waktu itu yang laris ialah bubur kacang, kanji kadang-kadang buah rambutan saja dan tidak ketinggalan sekali sekala nasi.

Selepas Terawih, apa lagi yang paling kalut ialah budak-budak yang penat berlari selepas main 'Toi' dan macam-macam lagi permainan yang menjadi kesukaan budak-budak di era itu..

Pada malam 27 Ramadhan pula surau akan adakan 'Nasi Daging'.  Dulu bila sebut nasi daging bukan main seronok tak sabar menanti mentari melabuhkan tirainya.  Malam itu bagaikan pesta besar besaran di mana orang ramai bahkan dari kampung sebelah misalnya Permatang Sungai Dua, Kampung Setol, Simpang Empat, Sungai Dua dan Merbau Kudung turut dijemput merasai keenakan makan nasi daging Guar Kepayang.

Malam esok pula giliran Masjid Permatang Sungai Dua.  Lepas itu surau Permatang Sungai Dua, Surau Kampung Setol atau Masjid Sungai Dua.

Apa pun nasi daging Guar Kepayanglah yang paling menjadi kesukaan orang terutamanya mereka yang tinggal di luar. Bukan sahaja waktu dulu tetapi sampai kini orang tidak lepas peluang hadir kenduri jika ada warga kampung ini menjemput walimatul urus.  Masakan 'daging pesamah' yang menjadi pilihan kerana ia lain dari yang lain begitu juga air asamnya.. teliur dibuatnya.

Lazimnya di waktu petang di hari berlangsungnya malam nasi daging para petugas akan mengantar nasi daging dengan basikan yang tempat duduk belakangnya besar ke rumah-rumah seluruh pelusuk kampung.

Bila tahu ada dua tiga orang membawa basikal berbekalkan nasi ada yang keluar rumah membawa 'besen' bekas mengisi nasi untuk diagihkan.

Hai.... bila terkenangkan masa itu terasa macam nak kembali merasai kegiarahan suasana tersebut.
Tetapi apakah daya masa telah berlalu yang tinggal hanyalah kenangan yang terlalu sukar didapati di hari ini.









0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger