Sembahyang Sunat Aidil Fitri di Kampung Guar Kepayang 2011
Kali ini sembahyang sunat Aidil Fitri di Kampung Guar Kepayang terpaksa dilaksanakan di atas surau tidak di dataran wakaf sepertimana biasa sebab cuaca tidak begitu mengizinkan. Jadi rakaman amat terhad maklumlah sudutnya padat dengan manusia.
Sembahyang diimamkan oleh Mahzani pelajar yang sedang menuntut di salah sebuah univesiti di Mesir manakala khatibnya pula oleh Ustaz Khairi.
Ramai warga Guar Kepayang yang bekerja di luar pulang berhari raya bersama sanak saudara dan sahabat handai maka tidak hairan ada wajah-wajar yang jarang kelihatan selama ini. Namun apa pun mereka senantiasa mengikuti perkembangan kampung menerusi 'maiguarkepayang.blogspot.com' iaitu wadah rasmi yang akan memberikan info terkini setiap masa dan detik.
Tahun ini agak bertuah sebab sewaktu turun dari surau sempat merakam hampir keseluruhan warga Guar Kepayang namun gagal merakam golongan muslimat ekoran terlalu sibuk memerhati gelagat, memek muka dan aksi spontan yang menarik ketika bergurau atau bergebang sesama rakan taulan yang jarang bersua muka.
Nescaya Aidil Fitri tahun ini akan mengamit memori terindah anda semua bila kembali ke kampung halaman yang suatu ketika dulu bermain, bersenda dan bersuka ria berlari menaikan wau di batas bendang, panjat pokok keriang atau bergelumang dalam lumpur mencari ikan.
Akhir sekali maaf zahir dan batin...
12:53 AM
|
Labels:
berita
|
This entry was posted on 12:53 AM
and is filed under
berita
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment