Kematian warga emas Guar Kepayang

Baru-baru ini warga Kampung Guar Kepayang bersedih dengan pemergian dua orang warga emas dari utara KGK iaitu Pak Lang Che Din atau nama sebenarnya Che Din Itam yang suatu ketika dulu pernah top dengan perniagaan ayam proses.

Beliau meninggal kerana sakit tua begitu juga Pak Lang Hasan ayah kepada bekas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Guar Kepayang era pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu, Majid Hasan.

Untuk pengetahuan semua beliau (Majid Hasan) juga sedang terlantar sakit di rumahnya sejak beberapa bulan lalu.
Namun apa pun sebagai warga kampung yang prihatin dan hidup dalam keharmonian kami mengucapkan takziah pada keluarga yang terlibat dan berharap roh mereka diletakan bersama orang-orang yang soleh.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger