Ustazah Zabedah Haji Ahmad meninggal dunia

Hari ini 7hb, Mei 2010 Ustazah Zabedah Haji Ahmad iaitu tenaga pengajar Sekolah Agama Tarbiyatul Bani Nawal Banat kembali ke rahmatulah akibat sakit buah pinggang.
Semasa hayatnya, Allahyarhamah merupakan tenaga penting dari dulu sehingga beliau bersara sebagai guru besar di sekolah berkenaan beberapa bulan lalu.

Allahyarhamah seorang guru yang tegas semasa mengajar dan terkenal dengan suka rotan terhadap pelajar yang bersalah maklumlah budak-budak sekolah suka berkeliaran sana sini malahan ada yang suka ponteng di waktu sembahyang untuk melihat TV, Ultraman, Robot, Doremon dan sebagainya.

Sumainya Bakar yang bekerja sebagai penjaga rumah pam telah lama meninggal dunia begitu juga anak keduanya, Mohd Farhan meninggal kerana penyakit bengkak hati beberapa tahun lalu..

Beliau merupakan anak ketiga kepada Imam Kampung, Allahyarham Haji Ahmad Awang dan kakak kepada Pengerusi Surau sekarang, Cikgu Saad Haji Ahmad.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.30 malam setelah kembali ke rumah ibunya, Hajjah Che Jah dari Hospital Seberang Jaya sebelum waktu magrib.

Jenazahnya disemadikan di tanah perkuburan Masjid Tuan Haji Samad pukul 10 pagi dan disembahyangkan oleh orang-orang kampung dan khariah masjid berkenaan.  Semoga rohnya di rahmati Allah .. Amin.

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger