Pertandingan teh tarik dan cucur kodok.. semuanya bermutu tinggi..

Demikianlah ceritanya pertandingan teh tarik dan cucuk kodok sempena khemah ibadat surau Kampung Guar Kepayang yang diadakan bermula 21hb, November 2013 lalu dengan bacaan Yassin Perdana.

Malam ke dua tayangan video cara-cara mengerjakan Haji dan Umrah manakala di hari terakhir pada 24hb, November 2013 gotong royong bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Dua serta Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Pertandingan cucur kodok dimenangi oleh Puan Mardiah manakala tempat ke dua jatuh kepada Mak Dak Rodiah.  Untuk pengetahuan semua kedua duanya adalah pakar memasakan dan merupakan aset bagi kampung ini.

Bagi pertandingan teh tarik juga tidak kurang hebatnya apabila ada yang menarik tinggi sampai tertumpah.
Bila tumpah pasti markahnya di tolak oleh trio pengadil yang cekap minum iaitu Saudara Hafiz, Nazri dan Ismail.

Tempat pertama dimenangi oleh si penjual burger... siapa lagi Anas Mohamad lah..!! tempat ke dua dan ke tiga disapu oleh pasangan adik beradik Nazrul Nizam dan Mohd Akmal....Nak tahu siapa mereka ni..keduanya adalah anak tuake kedai makan di simpang jalan masuk Kampung Guar Kepayang, saudara Yaacob..

Selepas ini kalau ada pertandingan sedemikian lagi, pasti membuatkan orang berfikir 100 kali kerana terpaksa berentap dengan juara bertahan.

Khemah Ibadat bakal diadakan di Surau Kampung Guar Kepayang tiga malam berturut-turut.

Surau Kampung Guar Kepayang akan menganjurkan program khemah ibadat tiga malam berturut-turut bermula 21 sehingga 24 November 2013.

Menurut Pengerusinya, Cikgu Saad Haji Ahmad, program berkenaan dilaksanakan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang beberapa info yang mungkin ramai tidak mengetahui.

Bacaan Yassin Perdana pada 21hb, November akan bermula selepas Magrib diikuti malam kedua 22hb, November 2013 tayangan video cara-cara mengerjakan Umrah dan Haji.

Malam ke tiga iaitu 23hb, November 2013 pula akan diadakan pertandingan teh tarik, buat kuih dan cabutan bertuah manakala pada 24hb, November 2013 pula majlis gotong royong diadakan bermula jam 8.00 pagi.

Untuk mendapatkan borang pertandingan cucur udang boleh bertemu Saudara Hasnan Ali.  Johan akan menerima RM100.00 kedua RM70.00 dan tempat ke tiga RM50.00.

Pertandingan teh tarik pula peserta yang berminat boleh bertemu Saudara Aziz Ismail.  Pertandingan tersebut menawarkan hadiah bernilai RM65.00 untuk tempat pertama.  Tempat ke dua RM45.00 dan tempat ke tiga RM25.00..





Sambutan 25 tahun PASTI Nurul Iman penuh gilang gemilang



Alangkah indahnya 9 dan 10 November 2013 lalu kerana hari berkenaan begitu bersejarah bagi PASTI Nurul Iman kerana sambutan ulangtahunya yang ke 25 setelah penubuhanya pada tahun 1988.

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PASTI Malaysia, Dr. Roseman Abdul Rahman disambut dengan paluan kompang oleh kumpulan Cabaran Mutiara dari Permatang Kerai Besar.  Selain beliau turut diraikan olah YB Permatang Pasir, Dato' Saleh Man dan YDP PAS Tasek Gelugor, Ust Khalid Man.

Selain bersama meraikan majlis. antara agenda utama ialah memberikan beberapa anugerah kepada bekas guru PASTI, bekas Pengerusi PASTI Cawangan, anugerah kepada bekas Pengarah PASTI Negeri dan tokoh PASTI diberikan kepada Pengarah PASTI pertama, Cikgu Zahadi Mohamad.

Sebelah petang pula program sejam bersama Dato' Ustazah Ashah Ghazali menyusul kemudian penyampaian hadiah pelajar PASTI 2013.

Sebelah malamnya ada persembahan pelajar PASTI dan adik Hanan Atirah Nazli serta ceramah oleh Pegawai Agama Kubang Pasu, Sheikh  Faisol Hj Omar.

Keesokanya rawatan Darussyifa', taklimat As Sohwah Life, persembahan silat dan paling menyeronokan ialah pertunjukan udara manakala sebelah malamnya pula orang ramai didedahkan dengan ceramah isu semasa.

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger