Kampung Guar Kepayang berasap.

Hai... apa nak dikata.. dok tak duduk Kampung Guar Kepayang kena diasapkan bukan untuk mandi wap tetapi untuk hindarkan dari penyakit yang berpunca dari nyamuk Aedes yang membawa demam Denggi.

Berpuluh tahun tidak pernah berlaku perkara sedemikian sehinggalah baru-baru ini terdapatnya mangsa serangan Aedes yang membawanya di rawat beberapa hari ke Hospital Seberang Jaya.

Lepas tu apa lagi Kementerian Kesihatan datanglah bergalaskan penyembur beracun untuk Aedes maka lari lintang pukanglah nyamuk segala nyamuk dan ada yang mati terkangkang di atas bumi kerana tidak sempat terbang menyelamatkan diri.

Sepanjang terjumpanya pembawa penyakit, tiga kali Kementerian Kesihatan bertndak menyembur asap beracun tersebut.

Biarlah disembur berulang kali tidak mengapa sebab yang penting makluk yang aktif di awal pagi dan petang itu mati.

Hasnan teruskan kehidupan bersama tiga orang anaknya

Takziah kepada keluarga Hasnan Pandak Ali iaitu suami kepada Allahyarhamah Suhaila Abdullah agar teruskan kehidupan menjagai tiga orang anak perempuan yang masih kecil.

Suhaila 34 meninggal hari Rabu (4hb, September 2012) kerana disyaki deman kepialu di Hospital Seberang Jaya jam 9.00 pagi. Sehari sebelum itu anak dalam kandunganya meninggal dalam perut dan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Tuan Samad lepas solat   zohor.

Suhaila anak ke 5 dari 7 beradik meninggalkan tiga orang anak iaitu Nurhazwani Sharifa 6, Umairah Shaneem 5 dan Anis Shaeerah 4.

Sejurus dengan peristiwa malang itu membuatkan pihak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri dan Kawasan Tasek Gelugor menyumbangkan RM1,000 berikutan dua orang anaknya merupakan pelajar PASTI Nurul Iman, Kampung Guar Kepayang.

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger