Sembahyag Sunat Aidil Adha di Dataran Guar Kepayang.

Oleh : Tuba

Seperti biasa masyarakat Kampung Guar Kepayang keluar ramai-ramai ke Dataran Wakaf di hadapan surau untuk bersama-sama menunaikan Sembaynang Sunat Aidil Adha. Ada juga orang kata kenapa suka buat sembahyang di luar surau tidak dalam surau kerana tidak panas ada kipas angin. 

Sebenarnya tujuan utama diadakan sembahyang di lapangan sebab untuk membuktikan ketabahan, kesabaran umat Islam menghadapi rintangan yang panasnya tidaklah sepanas di Padang Mahsar nanti.

Cuma panas di kepala dan badan sahaja tidak mengapa sebab lepas itu boleh duduk bawah bumbung ruang legar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) atau bertungkus lumus bekerja membantu memotong daging lembu korban untuk dibahagi-bahagikan kepada semua masyarakat Islam terutamanya yang daif.

Tahun ini Abang Rahim Abdul Rahman yang menjadi tujang program korban saban tahun menghadkan tiga ekor lembu sahaja.

Dua ekor dilaksanakan selepas sembahyang Sunat Aidil Adha manakala seekor lagi selepas Jumaat nanti maklumlah hari ini merupakan Hari Jumaat nanti takut pula tidak sempat ke masjid sembahyang Fardhu Jumaat.

Kesemua lembu korban disembelih oleh Imam Surau Guar Kepayang, Haji Saad Arshad.

Krew maiguarkepayang terutamanya Pa Cik sedang merakam gambar-gambar menarik untuk siaran nanti dan akan dipaparkan bila semuanya selesai.

Masjid Tuan Samad, Permatang Sungai Dua terima dua jenazah..

Hari ini 26hb, November 2009 Masjid Tuan Samad, Permatang Sungai Dua menerima dua jenazah serentak.

Di Kampung Guar Kepayang jenazah Allahyarhamah Hajjah Che Wa Haji Ahmad kembali kerahmatullah sekitar jam 8.00 malam akibat sakit tua. Manakala di Permatang Sungai Dua taukeh kedai, Allahyarham, Haji Ismail Bakar meninggal jam 2.00 pagi kerana sakit penat.

Siapa yang tidak kenal dengan Tok Cik Che Wa ibu mertua kepada Pak Dak Mahmud yang selalu berniaga samada rambutan, durian dan lain-lain lagi.  Antara anaknya lagi ialah Pak Jang Latif yang bertugas
di Lembagai Pertubuhan Peladang (LPP) Pokok Sena dan Pak Lang Abdullah yang kini agak uzur.

Allahyarham Haji Ismail pula ialah Bendahari Masjid Tuan Samad sehingga kini.  Sebenarnya ramai yang terkejut bila mendapat tahu kematianya kerana kelmarin sahaja beliau masih berniaga dan bergurau dengan pelanggan di kedai miliknya.

Kedua-dua jenazah mereka dikebumikan hanya perbezaan satu jam sahaja.  Allahyarhamah Hajjah Che Wa pada pukul 11.00 pagi dan Allahyarham Haji Ismail pada jam 12.00 tengahari.

Apa pun sebagai manusia seagama dengan mereka marilah kita berdoa agar roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang solihin.

Perkenalkan produk ekonomi Guar Kepayang

Krew maiguarkepayang akan memaparkan berbagai produk ekonomi penduduk Kampung Guar  Kepayang sekarang maklumlah rata-rata telah 'celik bissnes' lebih-lebih lagi suri rumah mereka juga tidak melepaskan peluang berniaga di hadapan rumah.

Ketara lagi di Guar Kepayang sebelah utara di mana ada yang menjual burger, laksa dan makanan ringan kepada kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang meronda ke kampung ini.

Makananya sedap sedap belaka dan jika tidak percaya datanglah ke sini tentu anda akan menikmati kepuasan yang dicari.

Di persimpangan jalan masuk saja sudah membuktikan orang kampung ini ada yang berbakat besar dalam perniagaan seperti membuka gerai makanan, burger dan bengkel motosikal.

Yaabob atau lebih dikenali dengan 'Kob' menantu Mak Long Piah telah lama membuka perniagaan minuman, mee dan dengar kata ada menu terbaru iaitu nasi daging yang dibuat sendiri oleh isterinya.

Di hadapan kedai 'Kob' terbina tong burger kepunyaan Anas cucu Long Limah.  Dia merupakan generasi muda yang tidak duduk diam kerana tengahari berniaga ais kacang di kedai Kob, malam burger dan jika musim menuai dia sibuk pula menjadi broker mesin padi.

Maka, tidak hairan ia mendapat bantuan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) beberapa bulan lalu seperti kerusi, meja dan payung.

Sementara itu, di sebelah tong burger Anas terbina bengkel motosikal kepunyaan Jan anak Abang Bakar Bidon yang tinggal di hujung kampung di selatan Guar Kepayang.

Perniagaan mereka nampak laris.  Apa tidaknya ramai 'mat motor' berhimpun di situ untuk memperbaiki mana yang tidak laju atau sekadar menukar minyak hitam.

Di dalam kampung pula ada yang jalankan perniagaan kedai minuman seperti Sirozi di hadapan Sekolah Agama Rakyat (SAR), Tarbiyatul Bani Nawal Banat, tanaman dalam polly bag antaranya menantu Zainol Abidin Hasan atau lebih senang di panggil Pak Non yang juga menantu Pang Jang Man yang sering dilihat mengayuh basikal tua.

Begitu juga cucu menantu Pak Cik Mat iaitu tukang masak senior di kampung ini yang tinggal di utara Guar Kepayang.  Siapa pun tidak tahan dengan remasan daging perut bercampur dengan taugeh atau masakan masamah yang enak berbanding di tempat lain bila kenduri kendara.

Ada juga yang membuka bengkel besi seperti Mahmud anak peniaga ikan Mutalib Abdul Hamid,  Dia dah lama berniaga begitu dan kini makin maju.

Anak muda Azman Shaari pengasas mee sanggol juga adalah pengusaha terbaru yang wujud
di kampung ini.  Perniagaanya makin maju dan mula mendapat tempat di hati pengguna sejak memasuki rancangan TV bersama anak lelaki Chef Wan.dalam rancangan berorentasikan masakan.

Untuk lebih mendalam, Insya Allah Krew maiguarkepayang akan memaparkan sejarah awal bagaimana boleh merea terjun di bidang berkenaan. Bermula dari siapa sama-sama kta tungguuuuu untuk terjah.

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger