konvoi sempena 'Rehlah orang Guar Kepayang' ke Kg Riau, Kg Lindungan Raja, Sedim, Kedah

Anuar sedang memberikan taklimat perjalanan
Ketua PAS Cawangan, Ust Saleh Zainudin sedang membaca doa sebelum perjalanan bermula.
Bermulakan XPDC konvoi.. satu persatu kenderaan keluar dari Kg Guar Kepayang. 27 kereta dan van mengambil bahagian.
Konvoi berhenti seketika menanti rakan yang tersekat kerana lampu merah atau mengisi minyak.  Minyak kena ada walaupun baru-baru ni naik 5 sen.
Dah sampai.... konvoi di sambut iringan pasukan Unit Amal Sedim di persimpangan masuk ke Kg Lindungan Raja.  Hebat depa rai sungguh..
Tu..dia. bawa perkakas... semua satu matlamat nak mandi tidak kira tua, muda, remaja mahupun 
kanak-kanak.
Boleh rehat sat... lepas sukaneka baru boleh mandi.  Itu prasyarat penganjur
Ishak Sahid.. sekali pandang nampak macam Tok Batin sana..
Kaunter Nisa' Pulau Pinang juga turut serta maklumlah Ketua Nisa' Pulau Pinang, Farhiyah Shafie bertemu jodoh dengan Pegawai Keselamatan MTD Sungai Dua, Pak Jang Mat.
Sukan dah nak mula... Nampak dak seorang lagi jurugambar, Saudara Jasni sedang rakam detik-detik indah  sempena konvoi dan rehlah ke Sedim.
Nahhh.. aku baling kauuu... salah satu permainan boling padang dipertandingkan.  Banyak acara lagi ada... boleh kata macam-macam ada.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kulim Bandar Baru, Khairi Mohd Saleh memberikan sedikit tazkirah,  Nampak dak... Pak Jang Inn tergelak mendengar isu lucu...

Tiup jangan tak tiup.. Biar sampai pecah baru lari...

Sepak jangan tinggi sangat nanti tersangkut atas dahan getah tiada siapa pula yang diistiharkan menang.

Amboi berlenggang pula... ada gaya menjadi pendaki Bukit Bendera suatu hari nanti.

Mak Ngah Che Amah duduk tunggu siapa pula di tepian sungai yang mengalir deras.

Peserta yang tak mandi duduk bersembang berbagai topik hangat.  Mereka ini bukan pengemar menjerat burung di hutan tapi berbual sementara menunggu anak mandi manda

Ayah mithali inilah caranya mengajar anak mandi sungaiiiii.....

Yang ni lagi mithali... janga rendam anak dalam air sudahhhh...

Alamak... lompat ke dalam air.  Awas jangan terjun atas belakang orang lain sudah nanti wujud perang saudara pula lepas balik ke kampung.

Apa pun tahniah pada Pasukan Unit Amal Kampung Sedim kerana sanggup mengawasi dan menyambut kedatangan rombongan Kg Guar Kepayang ke Sedim

Letih sangat la tuuu... Juru gambar yang lebih dikenali dengan nama 'Pacik' sempat melelapkan mata ditepi timbunan barangan yang di bawa oleh keluarganya.

DJ Radio Satu Malaysia, Idris Kader baru lepas mandi sempat pula berbincang dengan Anuar bagaimana nak tingkatkan prestasi program pada masa depan.

Ketua Cawangan, Ustaz Saleh sedang melombong bijih ke atau mencari siput lala?..

Hai.. nampak kami macam suku kaum Penan dari Sarawak dak...?

Ketua Pemuda Cawangan, Mohamad Saleh menyampaikan hadiah pada pemenang sukaneka..

Sekali pandang macam pelarian Acheh dari Sumatera tapi bukan mereka ni sebaagian daripada peserta yang sedang menanti siapakah pemenang 'teka gula-gula' tajaan Nisa' Pulau Pinang.

Buku dah bertemu ruas... bukan nak gusti cuma nak bagi cenderahati daripada PAS Cawangan Kg Guar Kepayang kepada PAS Cawangan Kampung Tebuan, Sedim.

Makan durian puas-puas selepas sembahyang Insya di Ruang Legar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nurul Iman, Kg Guar Kepayang hasil sumbangan Abd Rahim Abd Rahman & Idris Kader

Abang Haji Abdullah khusuk memelah buah durian.

Orang veteran lagi kuat makan durian berbanding remaja. Jangan mengadu sakit itu dan ini cukuppp..

Pak Non dan Shirazi serta Pak Lang Abdullah tengah sedap meratah buah durian.

Anuar Rejab tambah makin banyak.. tentu tak kenyang lagi..

Tuuu.. dia seorang kupas seorang lagi makan.  Yang mana cepat. Tolong jawabbb..

Adnan Hashim memang boleh dipercayai kuat membelah buat durian.  Kalau bertanding pasti menang.

Belah jangan tak belah.  Awas jangan terpotong tangan sahaja.

Macam johan rancangan realiti sahaja.. Punya makan mungkin dua biji Pak Lang Chin sapu.

Durian dari Perak cukup lazat...

Ust Saleh Zainudin tambah lagi tentu sedap dibantu oleh Haji Hashim bekas tukang kebun Kementerian Kesihatan di Pengkalan Machang, Sungai Dua.

Nampak macam tengah sertai pertandingan makan durian je!!

Sakit pun sakit lahhh.. janji bagi kenyang dulu lepas tu baru fikir telan ubat.

Hai.. boleh habis ke? aku tengok hang makan banyak sangattt....

Rombongan peninjau PAS Guar Kepayang ke Taman Reakrasi Sungai Riau, Sedim

 Rombongan peninjau PAS Cawangan Guar Kepayang sempat bergambar di rumah salah seorang penduduk yang digelar Tok Batin, Sedim

Fozi dan Anuar sempat meninjau keseluruah perkarangan rumah Tok Batin.  Gayanya maca nak bawa balik ideal ke Guar Kepayang.

Rumah Tok Batin tersergam indah diperbuat daripada buluh berbumbungkan atap.. kelihatan 'gah' terletak berhampiran jalan menuju ke Taman Rekrasi Air Deras, Sedim

Ketua Cawangan PAS Kg Guar Kepayang, Ustaz Saleh nampak macam Wakil Rakyat meninjau permasalahan peparitan bersama Ketua PAS Cawangan Lindungan Raja, Ishak Mohd Daud.

Ni ... dia Taman Reakrasi berkenaan.  Nak masuk bukan ada jalan tar mujur dekat saja...

Ketua PAS Cawangan Kg Lindungan Raja, Ishak Mohd Daud merangkap tukang masak untuk rombongan dari PAS Guar Kepayang ke Sedim

Tu... dia yang dikatakan Tok Batin, Sedim duduk tunggu rombongan tanpa baju serta seluar separa lutut.

Ustaz Saleh bersalaman dengan Ishak sebelum berangkat pulang dari melawat tapak reakrasi.

Pengurus Reakrasi Sungai Riau bergaya sakan... 

Keakraban antara dua cawangan terjalin mesra walaupun baru sahaja berkenalan.

Nampak seakan tempat Al-Maunnah bersembunyi di Bukit Jenalik sahaja. Apa pun bukan tempat merekrut anggota bawah tanah tetapi sekadar datang rehlah mandi manda dan bersukan secara santai.

Amboiii... jenihnya air sesuai untuk kanak-kanak mandi hatta remaja mahupun veteran membasahkan tubuh.

Saudara Alias Ahmad sempat berbual dengan Saudara Ishak di salah satu danau di kawasan Reakrasi Sungai Riau.

Gambar kenangan ketika merehatkan badan di salah sebuah danau.

Jalan betul-betul jangan sampai jatuh ke sungai sudahhhh...

Rombongan dijamu secara ala kadar sebelum di bawa melawat tapak raekrasi oleh jentera cawangan Kg Lindungan Raja

Taklimat reakrasi pilihan diberikan oleh Setiausaha PAS Cawangan.  Ada tiga lokasi tapi rombongan pilih yang nombor satu.

Sekali pandang macam rombongan meminang sebenarnya tidak.  Cuma nak wujudkan program bersama antara dua organisasi siasah Islamiah.

Kelihatan Fozi sedang bersalaman dengan tuan rumah yang sanggup mempertemukan dua organisasi parti sambil diperhatikan oleh Ustaz Saleh Zainudin.

Kesimpulan
PAS Cawangan Kg Guar Kepayang akan mengadakan program Rehlah ke Taman Reakrasi Sungai Riau, Sedim pada 24hb, Julai 2010 akan datang.  Ia adalah program kedua untuk tahun ini dan akan menyusul berbagai program lain pada bulan yang mendatang.

Kepada penduduk yang berasal dari Kampung ini yang ingin menyumbangkan sumbangan menjayakan program tersebut bolehlah menghubungi saya, Mohd Sabri Said di talian 019-4461717.

Insya Allah kewangan yang anda berikan akan dibalas oleh Allah s.w.t di akhiran kelak.

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger