konvoi sempena 'Rehlah orang Guar Kepayang' ke Kg Riau, Kg Lindungan Raja, Sedim, Kedah

Anuar sedang memberikan taklimat perjalanan
Ketua PAS Cawangan, Ust Saleh Zainudin sedang membaca doa sebelum perjalanan bermula.
Bermulakan XPDC konvoi.. satu persatu kenderaan keluar dari Kg Guar Kepayang. 27 kereta dan van mengambil bahagian.
Konvoi berhenti seketika menanti rakan yang tersekat kerana lampu merah atau mengisi minyak.  Minyak kena ada walaupun baru-baru ni naik 5 sen.
Dah sampai.... konvoi di sambut iringan pasukan Unit Amal Sedim di persimpangan masuk ke Kg Lindungan Raja.  Hebat depa rai sungguh..
Tu..dia. bawa perkakas... semua satu matlamat nak mandi tidak kira tua, muda, remaja mahupun 
kanak-kanak.
Boleh rehat sat... lepas sukaneka baru boleh mandi.  Itu prasyarat penganjur
Ishak Sahid.. sekali pandang nampak macam Tok Batin sana..
Kaunter Nisa' Pulau Pinang juga turut serta maklumlah Ketua Nisa' Pulau Pinang, Farhiyah Shafie bertemu jodoh dengan Pegawai Keselamatan MTD Sungai Dua, Pak Jang Mat.
Sukan dah nak mula... Nampak dak seorang lagi jurugambar, Saudara Jasni sedang rakam detik-detik indah  sempena konvoi dan rehlah ke Sedim.
Nahhh.. aku baling kauuu... salah satu permainan boling padang dipertandingkan.  Banyak acara lagi ada... boleh kata macam-macam ada.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kulim Bandar Baru, Khairi Mohd Saleh memberikan sedikit tazkirah,  Nampak dak... Pak Jang Inn tergelak mendengar isu lucu...

Tiup jangan tak tiup.. Biar sampai pecah baru lari...

Sepak jangan tinggi sangat nanti tersangkut atas dahan getah tiada siapa pula yang diistiharkan menang.

Amboi berlenggang pula... ada gaya menjadi pendaki Bukit Bendera suatu hari nanti.

Mak Ngah Che Amah duduk tunggu siapa pula di tepian sungai yang mengalir deras.

Peserta yang tak mandi duduk bersembang berbagai topik hangat.  Mereka ini bukan pengemar menjerat burung di hutan tapi berbual sementara menunggu anak mandi manda

Ayah mithali inilah caranya mengajar anak mandi sungaiiiii.....

Yang ni lagi mithali... janga rendam anak dalam air sudahhhh...

Alamak... lompat ke dalam air.  Awas jangan terjun atas belakang orang lain sudah nanti wujud perang saudara pula lepas balik ke kampung.

Apa pun tahniah pada Pasukan Unit Amal Kampung Sedim kerana sanggup mengawasi dan menyambut kedatangan rombongan Kg Guar Kepayang ke Sedim

Letih sangat la tuuu... Juru gambar yang lebih dikenali dengan nama 'Pacik' sempat melelapkan mata ditepi timbunan barangan yang di bawa oleh keluarganya.

DJ Radio Satu Malaysia, Idris Kader baru lepas mandi sempat pula berbincang dengan Anuar bagaimana nak tingkatkan prestasi program pada masa depan.

Ketua Cawangan, Ustaz Saleh sedang melombong bijih ke atau mencari siput lala?..

Hai.. nampak kami macam suku kaum Penan dari Sarawak dak...?

Ketua Pemuda Cawangan, Mohamad Saleh menyampaikan hadiah pada pemenang sukaneka..

Sekali pandang macam pelarian Acheh dari Sumatera tapi bukan mereka ni sebaagian daripada peserta yang sedang menanti siapakah pemenang 'teka gula-gula' tajaan Nisa' Pulau Pinang.

Buku dah bertemu ruas... bukan nak gusti cuma nak bagi cenderahati daripada PAS Cawangan Kg Guar Kepayang kepada PAS Cawangan Kampung Tebuan, Sedim.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger