Guar Kepayang ada tiga imam muda berbakat besar.

Adanya tiga orang imam muda di Kampung Guar Kepayang menambah serilah kemeriahan atau suasana 
di sini terutamanya ketika solat Sunat Tarawih pada bulan Ramadhan tahun ini.

Gambar atas ialah Mahzani Abdul Rahim cucu Allahyarham Abdul Rahman yang sedang belajar di salah sebuah Univesiti di Mesir kini pulang bercuti di kampung.  Apa lagi, dia diberikan amanah sebagai imam 1 solat Tarawih di surau.  Boleh dikatakan setiap malam dialah akan mengimami kami sekampung.

Yang kedua pula ialah menantu sulung Pengerusi surau yang berasal dari Lahar Yooi.  
Namanya, Ustaz Khairi  mengajar di sekolah Rendah Lahar Yooi.  Jika Mahzani keluar kampung menerima jemputan imam di mana-mana surau atau masjid Ustaz Khari akan dipertanggungjawabkan.  Maklumlah imam lama sumuanya sudah uzur belaka.
Pak Tam Saad Arshad yang dulunya menetap di Simpang Empat Permatang Buluh kini tidak sesihat dulu keluar masuk hospital jika penyakitnya menyerang, Pak Lang Daud dah lama meninggal, Tok Bilal Haji Hasan Othman diserang angin ahmar, Ustaz Saleh pula mungkin tidak sihat dan banyak beri peluang kepada imam muda.

Seorang lagi imam muda yang berasal dari Guar Kepayang ialah cucu Tok Imam dulu iaitu Suhairi Ishak.  Beliau merupakan pelajar di salah sebuah univesiti di Mesir di mana tahun ini beliau tidak pulang. Jika ada pasti dia dan Mahzani akan bertukar-tukar malam untuk mengimami solat Tarawih.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger