Sembahyang Sunat Aidil Fitri di Dataran Wakaf Kampung Guar Kepayang


Seingat saya sembahyang sunat Aidil Fitri di Dataran Wakaf di Kampung Guar Kepayang telah masuk tahun ke 10 kecuali suasana hujan. Pakatan Pemuda KGK telah menerokainya walaupun pada peringkat awal terdapat bunyi yang kurang menyenangkan di kalangan penduduk kampung kononya surau dah cantik ada kipas kenapa hendak sembahyang di luar. Mungkin mereka tidak mengetahui kelebihan berbuat demikian.

Tetapi senario tersebut telah berlalu dan kini setiap sambutan Aidil Fitri dan Aidil Adha penduduk akan bersolat di situ berbanding di tempat lain lebih selesa di dalam bangunan yang berkipas.

Kali ini jamaah lebih ramai berbanding tahun-tahun sebelumnya maklumlah ramai anak-anak perantauan Guar Kepayang pulang berhari raya bersama sanak saudara di sini. Apa lagi meriahlah suasana sekitar kampung.

Dengar kata kanak-kanak pun ramai.  Mereka diberikan wang tunai RM5 seorang.  Amboi berdongsang sayanglah mereka megecapi impian yang tiada pada orang dewasa.

Kedatangan seorang pelajar dari Kompuchia juga menyerikan lagi sambutan kali ini apabila penduduk mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai sebagai kenangan di tahun 2010 ini.









0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger