Gotong royong menambah ukhwah sesama masyarakat

Pagi Ahad iaitu hari yang dikhaskan untuk majlis gotong ryong tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.  Tetapi mujurlah sekitar jam pukul 9.00 pagi hujan dan reda bolehlah pemuda-pemuda Kg Guar Kepayang mengerjakan aktiviti kemasyarakatan.

Tambahan lagi pada sebelah malamnya Majlis Iftifal Sekolah Agama Tarbiyatul Bani Nawal Banat semua gotong royong tertumpu pada angkat kerusi, buat pentas dan membersih sekitar sekolah agar kelihatan lebih menarik.

Ustaz pertegaskan cara solat yang betul

Kuliah magrib diisi di malam ke tiga kempen Jom Solat Jemaah.  Ustaz diimpot khas untuk membicarakan tentang tata tertib solat yang ada kalanya masih tidak kena.

Banyak lagi yang perlu kita pelajari terhadap perbuatan solat.  Ramai pandang enteng tentang perbuatan solat maka tidak hairanlah masih ada yang sujud macam sembah berhala di mana siku diturunkan selaras dengan tapak tangan.

Sekitar Majlis bacaan Yassin Perdana di surau Kg Guar Kepayang, Kepala Baas.

Bermulalah kempen 'Jom Solat Jemaah' anjuran surau Kampung Guar Kepayang pada 1- 7 Disember 2011. Malam pertama jemaah surau mengendalikan majlis bacaan Yassin Perdana yang dihadiri 90 peratus penduduk tempatan ataupun penyewa tanpa mengira fahaman politik.

Ramai muka baru hadir dan ia mengambarkan satu perkembangan positif yang mungkin malam bacaan Yassin Perdana terbuka hatinya meneruskan sembahyang jemaah sehingga bila-bila.

Program surau tersebut mendapat perhatian daripada semua warga Kampung Guar Kepauyang samada tua muda, lelaki ataupun wanita.

Selamat tinggal Cikgu Rosnah Saedin........Semoga jasamu dikenang...

Semua pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kampung Guar Kepayang sedih apabila Cikgu Rosnah Saedin akan meninggalkan PASTI untuk mengikut suaminya berpindah ke Perak  Apa boleh buat semuanya telah ditakdirkan begitu.

Namun, kami sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Nurul Iman, Kg Guar Kepayang mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas jasa dan pengorbanan cikgu ketika memberikan pengetahuan berguna demi pendidikan anak bangsa agar menjadi insan mulia pada masa depan.


Hari Kecemerlangan Pusat Asuhan Tunas Islam Kg Guar Kepayang 2011

Berakhirlah sudah sessi persekolahan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Kg Guar Kepayang tahun 2011 selepas Hari Kecemerlangan dan Iftifal yang diadakan di awal cuti lalu.

Program yang dipengerusikan oleh Pengerusi PASTI, Ustaz Fauzi Haron sendiri itu walaupun terdapat berbagai kecacatan namun berjaya diadakan dengan lancar apabila kedatangan ibubapa memeriahkan lagi suasana.

Ia dirasmikan oleh Penyelaras PASTI Tasek Gelugor, Mohd Amin Billak.  Selain memberikan hadiah kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun ia diselitkan dengan persembahan dari kumpulan nasyid  PASTI Guar Kepayang yang mendapat tempat pertama pada pertandingan nasyid peringkat Parlimen Tasek Gelugor yang diadakan pada bulan Ogos lalu.

Setiausaha PAS Tasek Gelugor, Mohd Zamri Darus dan Pengerusi PAS Cawangan Kg Guar Kepayang, Ustaz Saleh Zainudin turut hadir menyampaikan hadiah berkenaan.

Kempen 'Jom Solat Jemaah'

'Jom Solat Jemaah' itulah kempen yang diperkenalkan oleh Pengerusi Surau Kampung Guar Kepayang, Cikgu Saad Haji Ahmad untuk tahun 2011.  Kempen tersebut akan diadakan pada 3 - 6 Disember 2011 nanti.

Pada sebelah malam majlis perasmian 3hb Disember itu akan diadakan majlis 'Bacaan Yasin Perdana'. Malam kedua 'Kuliah Perbuatan Dalam Solat' manakala pada 5hb, Disember pula akan berlangsungnya kuliah 'Kelebihan Solat Jemaah' oleh Ustaz Hafizi.

Pada pagi 6hb, Disember pula program kepemudaan akan menyusul.  Gotong royong mengindahkan perkarangan surau terutamanya membuat beberapa garisan tempat letak kenderaan, garisan putih dipersimpangan yang diketogarikan bahaya sepert depan rumah Tok Dak Ibrahim.

Semua itu bermatlamat memberikan peringaran kepada masyarakat betapa pentingnya hadir ke surau untuk berjemaah.  Kalau tidak semua waktu pun paling kurang kelihatan muka juga bukan macam ada sesetengah individu walaupun tinggal dalam kampung ini puluhan tahun namun untuk melihat kaki menjijaki tangga surau pun setahun sekali.

Kepada anak muda marilah kita menyenggah ke surau yang kita cintai semoga dirahmati oleh Allah s.w.t sepenuhnya.  Biarlah hidup kita mendapat keberkatan memandangkan kita hanya menumpang di muka bumi miliknya.

Insya Allah semua kenderaan terutamanya kereta akan dibekalkan satu pelekat kempen tersebut.  Semua akan dibahagian pada malam perasmian itu kelak.





Mohd Zain Othman kembali ke rahmatullah

Mohd Zain Othman 47 anak kepada Pak Jang Man yang sering kayuh basikal tuanya (sekarang dah tukar basikal muda sedikit) telah kembali ke rahmatullah di Hospital Besar Pulau Pinang pada hari Jumaat lepas iaitu 28hb, Oktober 2011.

Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Tuan Haji Samad Permatang Sungai Dua pada sebelah malamnya selepas solat Insya.

Allahyarham terlantar sakit begitu lama setelah tidak sedar diri akibat penyakit darah tinggi yang melampau.
Semoga rohnya dilimpahi rahmat selamanya.  Amin....

Majlis Aidil Fitri Kg Guar Kepayang 2011

Amboi nampak seleranya semua hidangan.  Ada mee kari, bihun goreng, ketupat, lemang, ais kacang dan laksa.  Itulah antara gelagat masyarakat Kampung Guar Kepayang dengan kehadiran sebahagain individu dari kampung berdekatan.

Sempena Aidil Fitri lalu cukup menyeronokan kerana dapat makan bersama dalam satu majlis yang penuh dengan kegemilangan, kemesraan, kasih sayang serta lainya.

Kampung Guar Kepayang antara kampung di Seberang Perai yang aktif mengadakan jamuan Aidil Fitri setiap tahun semata-mata untuk memastikan keseluruhan masyarakatnya hidup dalam penuh perpaduan.

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger