Hari Kecemerlangan Pusat Asuhan Tunas Islam Kg Guar Kepayang 2011

Berakhirlah sudah sessi persekolahan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Kg Guar Kepayang tahun 2011 selepas Hari Kecemerlangan dan Iftifal yang diadakan di awal cuti lalu.

Program yang dipengerusikan oleh Pengerusi PASTI, Ustaz Fauzi Haron sendiri itu walaupun terdapat berbagai kecacatan namun berjaya diadakan dengan lancar apabila kedatangan ibubapa memeriahkan lagi suasana.

Ia dirasmikan oleh Penyelaras PASTI Tasek Gelugor, Mohd Amin Billak.  Selain memberikan hadiah kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun ia diselitkan dengan persembahan dari kumpulan nasyid  PASTI Guar Kepayang yang mendapat tempat pertama pada pertandingan nasyid peringkat Parlimen Tasek Gelugor yang diadakan pada bulan Ogos lalu.

Setiausaha PAS Tasek Gelugor, Mohd Zamri Darus dan Pengerusi PAS Cawangan Kg Guar Kepayang, Ustaz Saleh Zainudin turut hadir menyampaikan hadiah berkenaan.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger