Kempen 'Jom Solat Jemaah'

'Jom Solat Jemaah' itulah kempen yang diperkenalkan oleh Pengerusi Surau Kampung Guar Kepayang, Cikgu Saad Haji Ahmad untuk tahun 2011.  Kempen tersebut akan diadakan pada 3 - 6 Disember 2011 nanti.

Pada sebelah malam majlis perasmian 3hb Disember itu akan diadakan majlis 'Bacaan Yasin Perdana'. Malam kedua 'Kuliah Perbuatan Dalam Solat' manakala pada 5hb, Disember pula akan berlangsungnya kuliah 'Kelebihan Solat Jemaah' oleh Ustaz Hafizi.

Pada pagi 6hb, Disember pula program kepemudaan akan menyusul.  Gotong royong mengindahkan perkarangan surau terutamanya membuat beberapa garisan tempat letak kenderaan, garisan putih dipersimpangan yang diketogarikan bahaya sepert depan rumah Tok Dak Ibrahim.

Semua itu bermatlamat memberikan peringaran kepada masyarakat betapa pentingnya hadir ke surau untuk berjemaah.  Kalau tidak semua waktu pun paling kurang kelihatan muka juga bukan macam ada sesetengah individu walaupun tinggal dalam kampung ini puluhan tahun namun untuk melihat kaki menjijaki tangga surau pun setahun sekali.

Kepada anak muda marilah kita menyenggah ke surau yang kita cintai semoga dirahmati oleh Allah s.w.t sepenuhnya.  Biarlah hidup kita mendapat keberkatan memandangkan kita hanya menumpang di muka bumi miliknya.

Insya Allah semua kenderaan terutamanya kereta akan dibekalkan satu pelekat kempen tersebut.  Semua akan dibahagian pada malam perasmian itu kelak.





0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger