Sembelih korban sempena Aidil Adha Kg Guar Kepayang 2010

Aku nak tanya depa tengok.. boleh bawa balik ke Mesir dak?  Buat bekalan sampai setahun.
Lepas timbang masuk ke dalam plastik jangan biar macam tu saja
Pak Lang Chin juga giat memotong daging korban.
Pegang kaki pun jadi lah.. Tapak kaki boleh buat sup .Sedappp..!!!
Kepala sapa ni? Hidup lagi hhha  ... Mata terbuka.
Potong ikut saiz jangan panjang sangat dan jangan pendek sangat.
Hang ikut nama yang tertulis..Kalau orang kata itu dan ini buat tak layan aje..!!
 Bahagi kena sama jangan buat ikut suka.. 
Pisau ni tajam ke dak tak tau... rasa macam dah asah kelmarin
Kapak kepala kerbau... nak hirup otak ke???
Potong kepala nak buat sup.. lidah pula mungkin dibakar 

Bakar lemang KGK 2010 malam Aidil Adha


Lemang oh.. lemang... Pakat masak lemang sempena malam Aidil Adha di Kampung Guar Kepayang.  Dengar kata mula jam 9.00 malam selesai pukul 3.00 pagi.

Iftifal Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nurul Iman, Kg Guar Kepayang 2010


Meriah sungguh majlis ftifal PASTI Nurul Iman yang diadakan di ruang legar PASTI Kg Guar Kepayang baru-baru ini. Biarpu hujan lebat dipertengahan majlis tetapi sambutan daripada kalangan ibubapa amat menggalakan.

Tahniah di ucapkan pada Pengarah PASTI Negeri, Mohd Asri Harun kerana datang merasmikan majlis berkenaan.  PASTI yang diterajui oleh Ustaz Moin Hashim sekarang sudah hampir berusia 25 tahun. Kepada guru-guru dulu sehinggalah sekarang seperti Cikgu Siti Sahara, Cikgu Marziah, Cikgu Jalilah, Cikgu Rohani, Cikgu Rohani Daud, Cikgu Solehah, Azah, Cikgu Leha, Cikgu Jamaah dan Cikgu Rosnah kami ucapkan jutaan terimakasih di atas pengorbanan yang tidak terhingga.

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger