Rawatan Darussyifa anjuran Jemaah Ibubapa PASTI (JIBG) dengan kerjasama PASTTI Nurul Iman Kampung Guar Kepayang yang julung kali diadakan mendapat sambutan luar jangkaan.

'Darussyifa' turun kampung' begitulah yang boleh diberikan kepada perawat Darussyifa' yang baru-baru ini memberikan perkhidmatan di Kampung Guar Kepayang.

Seramai 20 orang perawat Darussyifa' termasuk dua orang peguam dari RMH Tranning memberikan khidmat guaman serta seramai enam orang jururawat turut menabur bakti kemasyarakatan terhadap  penduduk setempat.

Seramai 170 orang pesakit sempat di rawat dan ini merupakan paling tinggi dalam sejarah perawat Darussyifa' yang melakukan khidmat di luar pusat mereka di Surau At Taqwa, Bertam Indah, Kepala Batas.

Pesakit yang datang bukan hanya dari Kampung Guar Kepayang atau kampung persekitan malahan dari luar Pulau Pinang semata-mata untuk mendapatkan perubatan cara Islam yang diasaskan oleh tokoh yang tidak asing lagi iaitu Dato' Harun Din Al Hafiz.

Semoga majlis kelolaan Jemaah Ibubapa dan Guru PASTI (JIBG) dengan kerjasama PASTI Nurul Iman, Kampung Guar Kepayang akan berterusan demi mendekatkan institusi pendidikan pra sekolah dengan masyarakat.












Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger