Lama tak jumpa......!!

Assalamualaikum... lama tak bertemu dalam usaha mengendalikan blog ini ekoran terlalu sibuk dengan tugasan yang lebih mencabar.

Insya Allah selepas ini Tuba sedaya mungkin akan berusaha untuk memberikan info terkini mengenai perkembangan kampung tercinta dengan isu atau berita yang mungkin antaranya memilukan atau mengembirakan semua pihak

Untuk maklumat semua sepanjang tempuh 'berkabung' dalam blog ini ada berita menyedihkan di mana baru-baru ini isteri kepada Ustaz Salleh Zainudin iaitu Mak Dak Rabiah telah pergi meninggalkan kita semua.

Bukan itu sahaja kesihatan seorang lagi veteran kampung Pak Lang Harun kini tidak secergas dulu bertenaga angkat guni padi.  Beliau menghadapi sesak nafas dan kini berada di Hospital Seberang Jaya dalam wad kecemasan. 

Mengentuh mengenai persekolahan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) pula ia begitu memberangsangkan walaupun tahun ini terdapat sedikit pengurangan jumlah murid.

Apa pun tahniah kepada empat orang guru yang tetap melaksanakan tugasan dengan tekun.  Mereka ialah Cikgu Zaleha, Cikgu Norazah, Cikgu Jamaah dan Cikgu Rosnah.  Cikgu Rosnah sedang bercuti kerana melangsungkan perkahwinan bersama pemuda pilihan hatinya.

Sekolah Agama Tarbiyatul Bani Nawal Banat pula menyaksikan pertambahan murid maklumlah pelajar dari Permatang Sungai Dua dan Merbau Kudung pun datang mencari ilmu di sini.  Memandangkan perkembangan ini pihak surau bercadang menambah blog bangunan tambahan untuk menampung jumlah yang semakin ramai.

Kegiatan pengajian seperti biasa dijalankan di kampung ini di mana setiap pagi Sabtu Ustaz Yusuf Awang dari Sidam Kiri, Kedah akan datang mengajar manakala pada pagi Ahad di minggu pertama 'Ustaz Bek Ho' pula memberikan kuliah yang penuh bernas serta sering mencuit hati para pendengar.

Pada minggu ke dua setiap hari Ahad dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari Ijtimak Bulanan di Surau Kampung Guar Kepayang tetap diadakan dengan tenaga pengajar terdiri daripada Ustaz Mohd Noor Zakaria dari Kedah dan Ustaz Sidik Noor dari Perak.

Yang lain Tuba cuba ceritakan pada lain kali sebab hari dah larut malam mengantuk dahhhhh.....hhh.

Sekian Wasalam.. jumpa lagi

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger