Sambutan Maulidur Rasul menggalakan ramai yang keluar ikut berjalan mengelilingi kampung

Sungguh mengalakan sambutan luar dugaan semasa Perarakan Maulidur Rasul yang diadakan di Kampung Guar Kepayang baru-baru ini.

Kemeriahan tergambar di riak wajah semua peserta yang turut berjalan menggelilingi kampung sambil melaungkan kecintaan pada Rasullulah s.a.w.

Program anjuran Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nurul Iman, Sekolah Tarbiyatul Bani Nawal Banat dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK).

Sekitar Aidil Adha tahun 2012


Semua dah pandai menjatuhkan lembu iaitu binatang penyembelihan Korban di tahun 2012 lalu.
Suasana gilang gemilang sempena Aidil Adha kali ni menyaksikan sebanyak 9 ekora lembu berjaya ditumbangkan. Ia satu jumlah yang amat besar.

Makin dekat dengan Aidil Adha makin ramai yang menghulurkan wang untuk nat korban.  Memang menjadi resam manusia nak buat macamana.

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger