Awas simpang maut di Guar Kepayang

Oleh: Tuba.

Mahu tidak mahu kita warga Guar Kepayang kena akui juga wujudnya 'Simpang Maut' di kampung yang tercinta ini.  Apa tidaknya, petang tadi (23hb, Februari 2010) berlaku satu lagi kemalangan walaupun tidak ngeri tapi ada yang pengsan dan seorang lagi dikatakan retak tulang kepala yang kini di rawat di Hospital Seberang Jaya.

Kemalangan tersebut membabitkan Mutalib Abdul Hamid atau dikenali sebagai 'Wa lid' penjual ikan yang kini berhenti berniaga seketika kerana terbabit dengan kerja membajak sawah bersama Mohamad Abdul Rahman memandu traktor.

Petang tadi Wa Lid dikatakan menunggang motosikal untuk pergi membeli perkakas trator yang acapkali rosak tiba-tiba bertembung dengan dua beranak yang tiba-tiba muncul dari jalan Kampung Tubir.

Sepatutnya mereka berdua kena berhenti melihat kiri kanan kerana jalan taliair itu bukan jalan utama berbanding jalan kampung tambahan lagi laluan itu agak terlindung dengan rumah Pak Teh Hasan sebelah kanan manakala sebelah kini dengan bangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Apa lagi kedua-dua motor terpelanting bersepak di jalan tersebut.  Wa Lid di bawa ke Hospital Seberang Jaya dan mangsa satu lagi di bawa ke Hospital Kepala Batas.

Persimbangan tersebut bukan sahaja memakan mangsa pertama hari ini bahkan dikatakan berkali kali kerana sebelum ini Tok Guru Silat Lincah, Mohd Rodhi atau lebih mesra dengan panggilan 'Dee Cu Din' juga terlentang dirempuh motosikal dipandu laju oleh dua remaja perempuan samada dari Kampung Setol atau Kampung Tubir tidak dapat dipastikan..

Satu lagi simpang yang harus berhati-hati kepada sesiapa yang memasuki Guar Kepayang ialah berhadapan Surau Tarbiyatul Bani Nawal Banat menuju ke sebelah utara Guar Kepayang iaitu lebih senang dipanggil 'Simpang Tok Dak Berahim' kerana ia merupakan laluan lap bagi pengemar racing.

Silap-silap haribulan laju sambil lap di situ boleh tergantung kaki di katil hospital atau tangan bergayut
di bahu.

Jesteru itu, awaslah ketika melalui persimpangan berkenaan kerana masing-masing kena berwaspada.  Jangan terlalu laju bagaikan dihambat hantu syaitan tetapi lebih bersikap sopan dan berhati-hati supaya tidak terjadi kemalangan lagi.

Kalau boleh bawalah syor dalam mesyuarat kampung yang dijangkakan pada minggu depan dan carilah bagaimana formula terbaik untuk atasinya.

Papan tanda Kampung Guar Kepayang disambar pencuri.

Oleh: Tuba.

Apa punya musibatnya pencuri sehingga papan tanda Kampung Guar Kepayang kepunyaan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pun dikebas.  Ia menyusahkan orang sebab kosong tinggal tiang besinya sahaja.

Cuma baru-baru ini ketika kenduri rumah Ismail Talikom mereka membuat inisiatif melekatkan kertas putih bertulis hitam belang belang untuk menyenangkan orang luar ke kendurinya.  Jika tidak pasti ada yang tak sampai terpaksa pulang sambil makan di kedai.

Saya rasa sudah sampai masanya pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kena buat pengumuman atau mengistiharkan 'program Rukun Tetangga' macam di taman-taman perumahan tu.

Asal jangan bila dilaksanakan program tersebut Si Malim sendiri antara orang yang turut jaga malam bersama orang kampung maklumlah kita tidak mengenali siapa si pengkhianat tersebut..

JKKK wajar bertindak segera terhadap kehilangan papan tanda itu dan patut segerakan memberitahu MPSP untuk mengantikan yang baru bagi kemudahan orang luar mengenali Kampung Guar Kepayang.

Bukan sahaja papan tanda Guar Kepayang sahaja dikebas malahan papan tanda Permatang Sungai Dua juga disapu oleh sipencuri celaka....Mungkin kot harga besi melambung maka mereka tidak lepas peluang mana ada besi mereka akan cari jalan mencurinya.

Pencuri masuk rumah taukeh kuah mee bulan puasa

Oleh: Tuba

Alahaii.. nasib..!! Kampung ini memang macam tu sejak dulu bila semua orang tenang maka timbulkan kes kecurian.  Tapi yang anehnya sejak dulu saya sendiri tidak pernah melihat pencuri yang dicekup macam kampung lain dipersekitaranya ada yang diberkas, ditumbuk sebelum diserahkan kepada pihak yang berwajib.

Semasa dulu saya masih teringat 'Peristiwa Orang Minyak' ramailah orang kampung jaga malam bergilir-gilir itu pun tak semua yang lelapsetiap malam pun banyak. Tetapi lepas itu semua lepas tangan maklumlah orang minyak hilang ghaib begitu sahaja.

Kini peristiwa tersebut tinggal kenangan tapi yang masih membaluti masalah penduduk kampung ialah kecurian yang makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.  Pencuri amat licik sekali tak pernah ditangkap walaupun ada heboh penduduk terserempak dengan 'Si Malim' pinjam sekejab bahasa Indonesia ketika sibuk melayan pekerjaan terkutuk.

Terbaru, kes tersebut menimpa keluarga Mak Dak Rodiah, taukeh kuah mee bulan Ramadhan yang beroperasi di tepi jalan Pongsu Seribu dan Permatang Sungai Dua.

Peristiwa terbabit dikatakan terjadi pada 18hb, Februari 2010 ketika mereka sekeluarga keluar menziarahi sanak saudara.  Pencuri cuma buang tiga kepak tingkap dan tolak besi bagi membolehkan dirinya membolosi ke dalam rumah yang didiami bersama anak saudaranya, Ustazah Nazirah atau nama komesialnya Kak Ngah dan suaminya Rahmat serta dua orang anaknya yang masih kecil.

Dengar kata dapat pula Si Malim RM300 untuk penuhkan koceknya dan kebas sebuah motor kepunyaan Rahmat.

Bila sebut kebas harta benda Rahmat, pencuri tersebut salah orang la...sebab Rahmat boleh jadi bomoh maklumlah anak didik Dato' Harun Din pastinya beliau akan usahakan untuk mengetahui siapa si petualang yang selama ini belum pernah dicekup.

Untuk memastikan rumah kita selamat semua warga Guar Kepayang kena lebih hati-hati kunci pintu dan kalau boleh pasangkan lampu luar rumah supaya menyenangkan sesiapa pun mengsyaki jika ternampak makluk yang mencurigakan.

Keluarga Mohamad Abdul Rapat menerima musibah


Sudah jatuh ditimpa tangga begitulah yang boleh buat andaian kepada keluarga Mohamad Abdul Rapat yang tinggal di sebelah surau Kampung guar Kepayang.  Mungkin lebih kenal kalau disebut Long Limah sebab anak dia ada gelaran tersendiri.

Abang Mat ni memang sudah berpenyakit penat tapi kerana memenuhi hajat sepupunya Ngah Dilah dan Ngah Mokthar dari Kampung Padang Katong, Perlis untuk memeriahkan suasana kenduri anaknya apa lagi ramailah orang kampung turun ke Perlis hari tu....

Yang sedihnya, semasa perjalanan pulang kereta Abang Mat yang dipandu anaknya, Anas menyodok belakang kereta Storm dekat salah satu persimpangan berdekatan simpang ke Gunung Keriang.

Apa lagi remuklah kereta Toyota 'ala-ala buah kana' tu.  Tetapi, syukur semuanya selamat kecuali Abang Mat dan isterinya, Rohani Daud sahaja yang kena masuk wad di Hospital Alor Setar sehari dua.

Abang Mat patah tiga tulang rusuknya manakala isterinya mendapat jahitan di kepala mungkin terhantut ekoran hentaman kuat semasa pelanggaran.

Sekarang ini mereka sudah kembali ke rumah.  Itulah dikatakan malang tak berbau... di mana sahaja boleh berlaku cuma apa yang penting berwaspadalah ketika memandu.

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger