Awas simpang maut di Guar Kepayang

Oleh: Tuba.

Mahu tidak mahu kita warga Guar Kepayang kena akui juga wujudnya 'Simpang Maut' di kampung yang tercinta ini.  Apa tidaknya, petang tadi (23hb, Februari 2010) berlaku satu lagi kemalangan walaupun tidak ngeri tapi ada yang pengsan dan seorang lagi dikatakan retak tulang kepala yang kini di rawat di Hospital Seberang Jaya.

Kemalangan tersebut membabitkan Mutalib Abdul Hamid atau dikenali sebagai 'Wa lid' penjual ikan yang kini berhenti berniaga seketika kerana terbabit dengan kerja membajak sawah bersama Mohamad Abdul Rahman memandu traktor.

Petang tadi Wa Lid dikatakan menunggang motosikal untuk pergi membeli perkakas trator yang acapkali rosak tiba-tiba bertembung dengan dua beranak yang tiba-tiba muncul dari jalan Kampung Tubir.

Sepatutnya mereka berdua kena berhenti melihat kiri kanan kerana jalan taliair itu bukan jalan utama berbanding jalan kampung tambahan lagi laluan itu agak terlindung dengan rumah Pak Teh Hasan sebelah kanan manakala sebelah kini dengan bangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Apa lagi kedua-dua motor terpelanting bersepak di jalan tersebut.  Wa Lid di bawa ke Hospital Seberang Jaya dan mangsa satu lagi di bawa ke Hospital Kepala Batas.

Persimbangan tersebut bukan sahaja memakan mangsa pertama hari ini bahkan dikatakan berkali kali kerana sebelum ini Tok Guru Silat Lincah, Mohd Rodhi atau lebih mesra dengan panggilan 'Dee Cu Din' juga terlentang dirempuh motosikal dipandu laju oleh dua remaja perempuan samada dari Kampung Setol atau Kampung Tubir tidak dapat dipastikan..

Satu lagi simpang yang harus berhati-hati kepada sesiapa yang memasuki Guar Kepayang ialah berhadapan Surau Tarbiyatul Bani Nawal Banat menuju ke sebelah utara Guar Kepayang iaitu lebih senang dipanggil 'Simpang Tok Dak Berahim' kerana ia merupakan laluan lap bagi pengemar racing.

Silap-silap haribulan laju sambil lap di situ boleh tergantung kaki di katil hospital atau tangan bergayut
di bahu.

Jesteru itu, awaslah ketika melalui persimpangan berkenaan kerana masing-masing kena berwaspada.  Jangan terlalu laju bagaikan dihambat hantu syaitan tetapi lebih bersikap sopan dan berhati-hati supaya tidak terjadi kemalangan lagi.

Kalau boleh bawalah syor dalam mesyuarat kampung yang dijangkakan pada minggu depan dan carilah bagaimana formula terbaik untuk atasinya.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger