Mohamad Rafat kembali ke rahmatullah.

Tidak sampai dua minggu maiguarkepayang menyiarkan berita kemalangan membabitkan keluarga Mohamad Rafat ketika perjalanan pulang menghadiri kenduri sepupunya di Perlis hari ini 5hb, Mac 2010 Kampung Guar Kepayang menerima berita sedih ekoran pemergianya buat selama-lamanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terahkir di Hospital Seberang Jaya kerana penyakit penat pada pukul 4.30 petang dan dikebumikan pada malam itu juga iaitu pukul 10.00 malam di tanah perkuburan Masjid Tuan Samad.

Jenazahnya di imamkan oleh Ustaz Khalid Man iaitu Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor merangkap dua pupu pada Allahyarham..

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rohani Daud dan enam orang anak iaitu Anas, Afiq, Alias, Amzar, Amir dan Amin.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger